Sunday, July 24, 2011

Variasi Kehidupan

Saya masih lagi ceria menghadapi hari-hari mendatang walaupon pelbagai variasi kehidupan terpaksa dilalui seperti:



Pelajar generasi sekarang memang kreatif.Disebabkan faktor pemakanan,pendidikan dan persekitaran otak mereka sentiasa ligat berfikir untuk menyelesaikan masalah.Masalah pintu di library dapat diselesaikan dengan menggunakan kasut cikgunya sebagai penyendal.Alangkah kreatif dan kritikal mereka ini.Seolah-olah mereka mengajar saya tentang kepelbagaian fungsi kasut.sob sob sob...



Kesibukkan telah menyebabkan aktiviti kegemaran mentelek majalah tidak dapat dilaksanakan.Mereka tersusun cantik sahaja tanpa disentuh oleh tuannya.Seolah-olah menjadi tabiat saya sekarang.Membeli bahan bacaan bulan Jun dan akan membacanya bulan Julai.Bulan Julai bawa ke Ogos.Ogos ke September.September?engkau fikir sendiri...



"Rumah terbakar panggil bomba.Bomba datang berlumba-lumba...."


Menurut anak jiran ground floor entah India mana yang KITA BAKOR JE sampah menyebabkan hutan seciput telah terbakar secara serius.Semua jiran kecoh kecuali AKU turun untuk sama-sama memadamkan api.Kelihatan alatan seperti baldi serta paip air dan sewaktu dengannya digunakan untuk meredakan kebakaran.Malangnya makin marak.Tak berapa lama lepas tu datanglah abang-abang bomba.Sekali sembur je,terus padam api yang marak.

Baik,lupakan semua cerita-cerita tidak enak itu.Sebab hidup saya tidaklah seburuk yang disangka.Ada juga keenakkannya.



Menghabiskan masa bersama adik-beradik di Kota Keriangan memang meriangkan.Adik-beradikku,nanti kita pegi lagi.Baby semua tinggalkan kat umah.hehe
Apa lagi yang riang?


Tanpa diduga mendapat parcel daripada JIHA tersayang.Sampai sekarang si biru ini tidak bernama.Sebelum pindah semenanjung saya nak je amik yang Jiha punya.Tapi tak sampai hati pula memandangkan Jiha memang sukakan si cute ini.Disebabkan sikap tidak sampai hati itu,Allah menggerakkan hati Jiha untuk hadiahkan kepada saya.Thanks so much Jiha.Sangat memahami.hehe..



Siap tulis nama CIK EJIE lagi.



Sekian lama blog tidak diupdate maka banyaklah cerita-cerita lama yang baru dikemaskini. Apabila saya berkesempatan menulis bermaksud saya mempunyai kelapangan waktu yang sangat saya hargai.I am still determined to be cheerful and happy in whatever situation i may be.For i have also learned from experience that the greater part of our happiness or misery depends upon our dispositions and not upon our circumstances.




No comments:

Post a Comment