Wednesday, June 8, 2011

Suka Duka Cuti

Cuti sekolah selama dua minggu kini hampir melabuhkan tirainya.Sepantas bertukarnya malam ke siang,pagi ke petang,hari ke hari begitulah juga dengan cuti.Akan sampai masanya ia akan berakhir jua.


Dimulakan dengan Umrah trip family saya.Tapi kali ini saya tak dapat turut serta.Abah,Ama,Dayah dan Faiz bersama pak cik dan mak cik sedang menunaikan umrah seawal cuti sekolah.InsyaAllah akan pulang ke tanah air 12 Jun ini.Semoga mendapat umrah yang mambur.Amin...

Mereka semua menjalani ibadah umrah.Saya pula?
KEMANA???



Sedang menunggu rakan baik,Jiha di Hentian Kangar jam 6.15 pagi. Kunjungan kali kedua ke Perlis.Jadi tak la jakun sangat.Hentian Kangar kecil seperti biasa.Tidak banyak berubah pon berbanding dengan kunjungan saya ke sini tahun 2006 lalu.Menempuh perjalanan selama 11 jam dari Terengganu sememangnya mencabar.Tapi alah bisa tegal biasa,lama-lama sudah biasa.hehe



Saya teringin nak ke Wang Kelian.Tapi Jiha kata jalannya agak berbukit.Kalau berbukit mestilah akan menjadi sulit kan.Jadi,baik ke Padang Besar sahaja.Siapa cakap "ala,Perlis ni kecil je.Round satu hari pon dah habis.'Mana ada?Itu cuma statement orang yang ronda Perlis naik kereta tapi tak turun-turun.Memang la satu hari engkau boleh habis Perlis ni.Kalau betul-betul makan masa beberapa hari juga.Seperti kebiasaan pelancong akan memenuhi setiap ruang di Padang Besar ini.Berduyun-duyun bas dari pelusuk negeri kelihatan sehingga menjelang lewat petang



Penggemar barang kemas?Sudah semestinya.Saya suka tengok je la.Tengok sebab memang tidak berpeluang menikmati barang kemas tiruan.Nanti alergic seluruh badan.Teringin nak mix and match dengan segala baju dan kasut.Tapi memang tak dapat la.huhu



Hah yang ini memang saya boleh pakai tanpa sebarang alahan.Malangnya tiada pula bakul yang tidak bertangkai.Puas cari sana-sini.Tak jumpa juga.Nak letak kasut dalam bakul itu sebenarnya.Walaupon anyamannya tidak seperti mengkuang Terengganu,tapi warnanya sangat menarik perhatian.Merambang mata memilihnya:)



Hai semua..Apa habaq?Saya Jiha.Dulu housemate Ejie masa kat Sarawak.Tapi sekarang dah jadi bekas housemate la pula.Seronok sangat bila dapat tahu Ejie akan bertandang ke Perlis.Maka Jiha dengan berbesar hati menerima tetamu ini dengan tangan terbuka dan senyuman yang paling lebar.Jiha nak belanja pulut ayam di Padang Besar ni.Tapi dah habis rupanya.Tinggal ayam je.Tak dapatlah Ejie nak merasa pulut yang sedap ini.



Tak pa Ejie,Jiha bekalkan kacang Thailand dalam botol tu.Tengok baik-baik,habis Jiha beli satu baris tu sampai kosong ruangan kacang kat tengah-tengah tu.hehe




Yummy laksa Perlis.Kakak saya cakap kuah dia pekat sebab letak tisu.haha.Apa-apa je la.Rasanya memang terbaik dan inilah kali pertama saya menikmati laksa Perlis.Tisu pon tisu la.Sudah selamat masuk ke dalam perut:)



Ini pon sesuatu yang menarik.Tak pernah jumpa pula air mineral jenama SUKAHATI.Masa beli tak perasan pon.Bila dah SUKA HATI minum baru tau.SUKA HATI je company ni nak bagi jenama air keluaran dia.




Eh, ke Perlis untuk kahwin ke Ejie?



Rupanya memenuhi jemputan dari kawan baik semasa di UPM dulu.Yanti,sampai juga aku ke majlis ko ye.Bermula dengan akad nikah hinggalah majlisnya saya berada di sini.Teharu kan Yanti?haha.Gambar ini dirakamkam beberapa minit sebelum Yanti diijabkabul.



Kenduri diadakan keesokkan harinya.Sangat meriah dan ini lah pengalaman pertama meraikan kenduri di Perlis.Makanan pon best.



Kain baldu kain bertekat,
Dibawa orang dari Melaka,
Sudah berpadu kata sepakat,
Kalau jodoh bertemu jua.

Pasangan yang sama cantik dan sama padan.Semoga berbahagia dan diberkati Allah selalu untuk Yanti dan Kamarul
.Thanks Yanti.Sanggup melayan saya dengan baik dan mengiringi kepulangangan saya dari Perlis sedangkan dia terlalu sibuk.Kawan sejati,sukar untuk dicari ganti.sob..sob..sob



Ini pula coursemate Kaunseling di UPM.Kak Nana dan Kak Mai.Lama tak jumpa setelah grad tahun 2008 dulu.



Fizah pon hadir memeriahkan majlis Yanti.Sudah dua orang anaknya okeh.Kahwin sejak belajar lagi.Memang wajarlah dua kan.hehe



Saya la tetamu paling bertuah yang mendapat dua jenis buah tangan.Yanti bagi 3kg buah Harum Manis Gred A lagi.Memang harum dan manis la buah ini sesuai dengan namanya.Sangat best!Semua mata tetamu memandang tatkala saya terkedek-kedek membawa kotak ini pulang daripada kenduri.haha



Eh,ada lagi watak Jiha ni ek?Sempat belanja saya aiskrim lepas kenduri.hehe



Adat tuan rumah kalau tak belanja tak sah kan?Jiha bekalkan saya dengan Rojak Mak Bee yang sangat terkenal di seluruh Malaysia.Bubur cacar,kerepek,mempelam semuanya untuk saya.Macam balik dari kampung je.Banyak sangat bekalan makanan.Alahai Jiha.



Perlis ada pantai?haha..Jiha nak juga bawa saya ke pantai.Tapi kesian la pantainya.Jarang sangat saya jumpa pantai yang tiada desiran ombak dan pasir yang memutih.Yang ada cuma batu-batuan dan tembok untuk pengunjung yang berehat.Tak habis-habis saya gelak kat pantai di Kuala Perlis ini.Kesian Jiha...



Tidak kira apa jua jenis pantai,kenangan disini tetap diabadikan buat selama-lamanya.

Selepas dua hari menghabiskan masa di Perlis,saya terus bergerak ke Ipoh.Namun,tidak sampai satu hari di Ipoh,saya menerima khabar sedih nenek sudah kembali ke rahmatullah.Sayu dan terkilan di hati masih terasa kerana tidak dapat berada di saat-saat terakhir pemergian nenek.AL-FATIHAH untuk nenek.Semoga ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.InsyaAllah..

JIHA

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi,
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu JIHA yang baik budi.


  • Terima kasih untuk Jiha sekeluarga termasuklah Pak Cik,Mak Cik,Kak Ngah dan Adik di atas layanan yang sangat baik sepanjang saya di Perlis.
  • Mak Cik, saya masih ingat lagi resipi Roti Jala dan Bedak Sejuk untuk kelihatan cantik sentiasa.hehe
  • Pak Cik,jangan makan manis-manis tau.Sebab senyuman Pak Cik tersangat manis melebihi kuih-muih yang ada.haha
  • Kak Ngah,selamat berpraktikal nanti ye.Nanti kalau datang Terengganu,jangn lupa roger akak ok.
  • Adik,dah abis belajar kat MARA nanti boleh la akak tempah baju kat awak.TJangan amalkan mandi malam-malam.haha.Tahniah juga di atas keputusan cemerlang dalam SPM dan selamat menempuh dunia kampus di UITM September ini

5 comments:

  1. wow.cuti yg berbaloi2.cik pah x g ke beb.

    ReplyDelete
  2. cik pah xjdi g la wei.doa de kt trg time tu.huhu..khabar pe dr bandung??haha

    ReplyDelete
  3. AG,mu pkai tudung orange tu..teringat masa sekolah dulu..muke mu gitula..dok uboh..awet mude! (^_<)

    ReplyDelete
  4. Oooo ada blog.... Nanti singgah blog akak yer.... Hehehe

    ReplyDelete