Saturday, July 30, 2011

Sebelum Ramadhan



Destinasi kali ini tidaklah jauh sangat.54km dari Bandar Seri Putra.Sebab sepanjang hidup tidak pernah menapak ke tempat ini.Maka khidmat GPS diperlukan.Sepanjang perjalanan anak murid membaca kesemua papan tanda yang ada di sepanjang jalan termasuklah JAGUNG DI JUAL DI SINI. :)







Program terakhir sebelum Ramadhan bermula.Makin dekat dengan puasa makin berlumba-lumba program di buat sana sini.Tiga hari saya bersama kaunselor-kaunselor sekolah sekitar Daerah Hulu Langat berkampung di Kem Idaman Nurani untuk Kursus Kejurulatihan PRS Gemilang.







Aktiviti wajib pada hari pertama mencipta panji dan sorakan kumpulan.Nasib la saya mendapat kumpulan yang kesemuanya lelaki gagah perkasa.Sebelum dibahagikan kumpulan saya langsung tidak dianggap sebagai cikgu.Senang lenang mereka memanggilku KAKAK.Setelah taaruf barulah tersipu-sipu.Cikgu rupanya.huhu








Hari berikutnya turut sama jungle tracking.Lama tak outdoor menyebabkan sengal-sengal badan sangat terasa.Bertambah sengal dikejar oleh bila lima ekor anjing hutan.huhu






Habis sahaja jungle tracking mereka terpaksa merempuh halangan.Agak sukar juga untuk melepasi halangan tersebut.Kena buli-buli dulu baru boleh lepas.









Paling mencabar untuk kumpulan saya iaitu RAMBAI ialah halangan rentas air ini.Salah seorang daripada mereka memang fobia dengan air.Puas ditenangkan oleh ahli kumpulan.Macam-macam cara digunakan sehinggakan ada yang tidak dapat mengawal emosi dan putus asa.Tapi tak berjaya juga.Saya yang tengok daripada atas dah menjerit-jerit.Akhirnya mereka mengangkat jaring tersebut.Barulah berjaya melepasi halangan ini.







Walaupon RAMBAI tak menang untuk kumpulan terbaik.Tapi mereka mendapat kumpulan sorak terbaik.








Kursus kali ini memang sempoi.Sebab selalunya pembahagian kumpulan mesti akan bercampur antara lelaki dan perempuan.Sekali dapat 13 lelaki dalam satu kumpulan.Senang nak urus dan langsung tidak banyak karenah.







Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.Kegembiraan dan kepuasan jelas kelihatan setelah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.Padahal cikgunya memang tak sabar-sabar nak blah.Mau tido.haha





Sebelum balik,singgah di Batu 15 menikmati durian Langek.Nikmatnya bila dapat makan dengan anak murid.Selalunya bawa bekas siap-siap beli durian dan makan secara solo.Hilang kenikmatan buah yang bernama durian itu.huhu.




Bulan Ogos memberi laluan kepada saya untuk berehat sebentar.September dan seterusnya kembali sibuk.Semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.InsyaAllah...




4 comments:

  1. AG ngajar kat sekolah mana ni? ngeeeee dah kuar dari Sarawak....tahniah tahniah..(^_^)

    ReplyDelete
  2. dh dpt tukar semnjung awal tahun ni la.skang ngaja kt area bangi.hehe

    ReplyDelete
  3. lawak je la kak ejie ni..but nice

    ReplyDelete