Saturday, January 29, 2011

Corat-coret Sabtu

Saat menggembirakan apabila hujung minggu dikunjungi teman baik CIK PAH.Jauh datang dari Penang dengan tujuan yang pelbagai iaitu menziarahi saya,mengambil sijil kahwin,event di Nilai Spring dan malam ini di KLIA.Cik Pah,GAGAK pertama yang sudah menjejajakkan kaki ke rumah saya.Kepada AYIN,SOLEHA,NONI,LIZA,RINDA dan SUHAILI kamu bila lagi?Wajib datang sebelum aku pindah rumah lagi.

Adik perempuan bergembira di Mid Valley dari pagi sampai sekarang.Namun,kakaknya ditinggalkan dengan rangkaian aktiviti bervariasi seperti tidur setengah hari,menghadap tv daripada rancangan kanak-kanak di awal pagi sehinggalah rancangan yang ntah apa-apa.Seharian juga memakan pulut dengan sambal udang secara terurus.PULUT DENGAN SAMBAL SAMBAL UDANG untuk sarapan,lunch serta minum petang.Bukankah itu TERURUS?haha

Beli-belah di Serikin,Kuching sememangnya menyeronokkan.Namun itu semua kenangan manis semasa di Sarawak.Dari malam sehinggalah pagi tadi JIHA tidak berhenti 3G,MMS dan SMS saya.JIHA,MAI,K.SU dan K.Ila semuanya sedang berpoya-poya di Kuching.I memang jeles.Mengingatkan Nasi Ayam Penyet di seberang memang mendatangkan debaran kencang.Sekarang saya sudah LAPAR.huhu.Tidak sabar menantikan MMS dari JIHA.Saya pesan tengok-tengokkan baju dan kain yang cantik di Serikin:)

Telefon merupakan alat telekomunikasi penting dewasa ini.Ia ibarat nyawa kedua dan ketiga bagi sesetengah orang.Namun,telefon yang gagal berfungsi dengan baik mutakhir ini memang menyesakkan nyawa saya.Sehingga menimbulkan salah faham kepada orang lain yang mahu berurusan dengan saya.Bayangkan telefon berbunyi walaupon tidak diangkat,letaknya di atas meja atau dimana-mana secara automatik akan ter 'ON' sendiri.Seolah-olah saya telah menjawab panggilan sedangkan tidak.Secara tidak langsung pelbagai spekulasi positif dan negatif saya terima dek kerana kegagalan berfungsinya sebuah TELEFON!

Ungkapan bagai KACA TERHEMPAS KE BATU memang ada kebenarannya.Perasaan sangat sedih dan kecewa yang dirasakan menutup tirai Januari.Saya memohon maaf di atas segala kekurangan dan kekhilafan kepada teman sekerja yang pernah bertugas bersama saya.YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK,YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG.Pedulikan cakap-cakap orang yang tidak akan berhenti mencari kelemahan.Yang penting,Allah tahu apa yang saya buat


Monday, January 24, 2011

Jangan Salahkan Ubat Jika

  • Tidak berkesan
  • Tidak melegakan
  • Tidak menyembuhkan


SEBALIKNYA...

  • Jangan putus asa
  • Jangan putus ikhtiar
  • Jangan putus doa

(Xepasone dan Atarax Hydroxyzine)
Dua ubat terbaru yang perlu diambil secara konsisten setelah percubaan sebelum ini gagal.huhu

Kos rawatan sudah mencecah ratusan ringgit.Namun,tiada perubahan drastik yang dirasakan.Siang sihat,malam meragam.Sehinggakan saya merasakan sudah lali dengan keadaan ini setiap hari.Sudah tiba masanya untuk merungkai rahsia malam bagi mengalihkan perhatian daripada menderita kesakitan.Mungkin cara ini lebih efektif.Siapa tahu???

Thursday, January 20, 2011

Thaipusam Toast

Diri terasa sihat semalam dan hari ini hasil tindak balas segala jenis ubat yang sudah ditelan secara konsisten sejak beberapa minggu.Dengan sihat juga dapat menghadiri kelas pembelajaran yang pertama bermula semalam.Tapi rasa macam nak sakit balik bila mencari Bilik Kuliah 5,Ground Floor macam tak penah masuk belajar sebelum ini.Haiya!area Kajang pon tak lepas-lepas.Sesat sampai mana ntah barulah betul-betul sampai ke kelas.Pegi sesat,balik pon sesat.huhu.
Baik,kita lupakan pasal sesat nanti menyesakkan pula:)

Bagi meraikan hari cuti umum hari ini barulah sempat saya mentelek dapur.Kejap-kejap berasap kejap-kejap tidak
.Pagi tadi breakfast nasi lemak yang bukan dimasak sendiri tetapi dimasak oleh penjual nasi dan lemak.Akibat nasi dan lemak menghasilkan kekenyangan sehinggalah petang.Petang pon tak lama.Mula la terasa lapar balik.Oleh itu haruslah menyediakan minuman petang untuk diri sendiri dan Dayah tersayang.Maka terhasil la sajian yang segar dari ladang.Fresh dari oven mahupon pengukus.(walaupon semua benda ni takde kat rumah saya.hehe)

THAIPUSAM TOAST

Bahan-bahan:
  • 6 keping roti
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • Mentega kacang+strawberi
Cara menyediakannya:


1. Campurkan telur bersama telur bersama susu dan pukul sebentar



2. Sapukan mentega kacang bersalut strawberi pada roti.Sekiranya anda tidak gemar mentega kacang,gantikan dengan kaya atau kacang


3. Celupkan roti dalam adunan telur dan susu segar


4. Panaskan mentega dalam kuali dan goreng roti hingga kekuningan


5. Sedia untuk dihidang.Boleh juga dituangkan madu di atasnya untuk memaniskan muka sewaktu makan.haha

Lor,bukankah namanya ROTI CELUP TELUR?Bagi meraikan cuti umum hari ini.Kalau cuti umum yang lain kita tukar la nama CHINESE NEW YEAR TOAST atau DEEPAVALI TOAST.okek?

Sebelum anda mencuba sajian ini molek saya kongsikan beberapa fakta menarik tentang ROTI
  • Roti antara makanan yang digemari hari ini terutama kanak-kanak.(betul ke?orang tua bagaimana?)
  • Sangat praktikal untuk sarapan,lunch atau dinner juga dijadikan bekal ke mana sahaja anda pergi
  • Bermacam-macam jenis roti yang ada seperti roti tawar atau white bread dan roti gandum(whole wheat bread).Selain roti tawar,roti manis pon ada.Bergantung kepada intinya seperti pisang,kacang,coklat,cream dan banyak lagi
  • 100gm roti memberikan tenaga,karbohidrat,protein,kalsium,fosforat dan zat besi yang lebih banyak berbanding dengan 100gm nasi putih.Jadi,yang mana satu pilihan anda?
  • Dikatakan pemakan roti tegar akan mencantikkan kulit,merampingkan tubuh badan , mengembalikan aura diri serta mempercepatkan jodoh(acah je.haha)
  • Jangka hayat pemakan roti pon dikatakan lebih panjang berbanding makanan lain(acah lagi.Kalau sudah ajal,makan berbungkus-bungkus pon jangka hayat boleh jadi pendek.hehe)
  • Berganda-gandalah khasiat roti jika dicampurkan dengan formula makanan genius seperti ditabur dengan habbatus sauda,berintikan gibnah(susu masam),kismis,tamar dan madu.(bukan acah ya.hehe)
  • Oleh itu:

-SELAMAT MENCUBA-

Tuesday, January 18, 2011

Get Well Soon


  • Beprogent
  • Clobetasol
  • Cetirizin stada
  • Chlorpheniramie maleate
  • Loratadine
  • Doxymycin
Bulan Januari belum menghabiskan tirainya.Segala ubat-ubatan ini la yang menemani saya sepanjang Januari.Harap tidak berlanjutan sehingga Februari.Badan sudah rasa seribu macam apabila semua ubat menjalankan tanggungjawabnya.Berat bebanku,meninggalkanmu(Glen,Januari)hehe


Tak cukup dengan rawatan moden,diperkukuhkan lagi dengan rawatan secara Islam.Sekadar memerlukan pertolongan dalam usaha ikhtiar untuk mencari kesembuhan penyakit.

Apabila Allah diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu saya bahawa begitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga saya menjadi orang yang bertimbang rasa,menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat InsyaAllah mudah diterimanya. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri.

Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, saya sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.Namun,segalanya diterima dengan hati yang terbuka.Semoga saya cepat sembuh dan diberi kekuatan.InsyaAllah


Friday, January 7, 2011

Kembali ke Sekolah

Pejam mata buka mata,makan tidur makan tidur rupanya sudah seminggu sesi persekolahan 2011 berjalan.Begitu pantas masa berlalu sepantas saya yang kelam kelibut menguruskan semuanya yang serba baru seperti ini:"SEKOLAHKU SYURGAKU"

Banyak kawasan bertanda merah amaran tempat berbahaya.Tapi area ini juga la student suka mengukur tanah meninjau projek pembangunan.huhu


Ini blok pembangunan.Begitu banyak blok di sekolah ini hanya 4 blok sahaja yang boleh digunakan dan berfungsi.Struktur bangunan seperti kolej.Setiap bilik dilengkapi intercom.Canggih la sekolah sekarang.

Laluan pelajar dan guru ke kelas.Bengkel,makmal dan padang masih dalam pembinaan.Sekolah mana la kau ni Ejie?Sekarang mari kita tinjau Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini.


Memang semput apabila tengok bilik ini.Penggunaan tape sahaja untuk menandakan nama unit


Lagi semput bila kene mulakan dari awal.Dari kosong tiada apa-apa.Angkat meja kerusi sendiri.Sapu dan mop sendiri.Eh tipu, ada pembantu yang ikut serta.Thanks adikku, DAYAH.Kalau tak kuat semangat,boleh balik Sarawak ni.Buat masa ini saya kaunselor pertama di sekolah ini.Menjadi perintis untuk unit ini.Hopefully dapat mencipta kejayaan kepada sekolah ini.Ada post kosong untuk seorang lagi kaunselor di sekolah ini.Siapa yang berminat cepat-cepat la datang ke mari.Kerusi meja sudah saya sediakan.Tapi saya prefer LELAKI ya.haha


Dua minggu sebelum sesi persekolahan 2011 bermula,setiap hari saya berkampung di sekolah.Tukar slogan "SEKOLAHKU KAMPUNGKU"

Hari pertama persekolahan bermula maka bermulalah lawatan muhibah sambil belajar dari PPD Hulu Langat bersama rombongannya.


Diketuai oleh Tuan Haji Ismail Bin Musa, Pegawai PPD Hulu Langat meninjau proses pembelajaran dan pengajaran di sini.




En Muhamad Radhi Bin Abdullah, Timbalah Pegawai PPD Hulu Langat turut bersama-sama dalam kunjungan ini.

Serentak dengan kunjungan PPD,Minggu Pengurusan Diri Pelajar Tingkatan 1 dijalankan selama seminggu.Program pertama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling.






Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada minggu pertama ini.Pengalaman baru dan tidak akan saya lupakan.Setiap hari adalah hari untuk berkerja keras.Bekerja keras adalah untuk setiap hari.haha.Memerlukan banyak pengorbanan kerana sekolah ini baru dibuka buat julung-julung kalinya.Bilangan pelajar sudah mencecah 600 orang dan menerima kehadiran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 untuk tahun pertama pembukaan sekolah.31 orang adalah guru perempuan sementara 3 orang sahaja guru lelaki.Memang kepupusan lelaki ketara berlaku di abad ini:)

SMK BANDAR SERI PUTRA

Jika saya jadi pendidik,
Jangan malas hendak membimbing.

Jika bekerja sambil lewa,
Nanti pentadbir berasa kecewa.

Ada kerja teruslah buat,
Jangan sampai nanti terlewat.

Amal kerja bersungguh-sungguh,
Jangan gemar bertangguh-tangguh.

Kerja sebagai ibadah,
Buat sedikit-sedikit akhirnya sudah.

Tugasan diberi satu amanah.
Usah belot pasti musnah