Saturday, June 26, 2010

Telefon Berbunyi

Sesiapa yang berurusan dengan saya melalui telefon dua tiga hari ini,mohon kemaafan di pagi raya yang mulia.hehe
Kesulitan anda,kegelisahan saya.Kegelisahan anda bukanlah kesulitan saya.haha

Entah kenapa telefon yang jangka hayatnya setahun dan lebih sikit-sikit ini menyulitkan keadaan.Sekaligus menyebabkan saya menjadi cacing yang tidak berapa nak panas.Cuma panas telinga apabila pemanggil menjerit-jerit HELLO.Saya tahu anda tidak dengar dan ada hal yang sangat penting untuk disampaikan.

Tapi tolong jangan buat suara yang bermacam-macam daripada sebesar-besar HELLO kepada sekecil-kecil HELLO.Suara anda sangat jelas kedengaran.Kalau saya membebel yang bukan-bukan pon anda masih tidak dengar.Jadi saya dan anda sama-sama pekak sementara ok.

Apabila kerosakan yang tidak lagi dibaiki,terpaksalah menyelongkar telefon lama yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya.Yang lama pon rosak juga.Skrin sekejap cemerlang berfungsi sekejap tidak ubah seperti display handphone di kedai.Kadang-kadang teroff sendiri.Hep,sape suruh ko off hah?huhu

Kesian kesian.Langsung tidak bersedia untuk menggantikannya dengan yang baru.Tunggulah hari-hari akan datang baru saya fikirkan.Setiap kali bangun tidur saya selalu perasan telefon akan ok sendiri.Tapi sudah masuk tiga hari saya perasan memang langsung tiada perubahan.
Susahnya apabila telefon ada,tapi tidak berfungsi.Telefon ada,tapi jadi arkib.Telefon ada,tapi tidak boleh bercakap.
huhu:(

5 comments:

  1. hehe..lawak la ko ayin.sila cadangkan tepon tbaik yg patut aku beli:)

    ReplyDelete
  2. haha ko nak yg cmana?org skrg ramai rembat blackberry punya style tu.ok jg cuma leceh la nak blaja eja balek sbb keypad dia.touchscreen mb?

    ReplyDelete
  3. ibu jari aku besar la ayin.susah nk tekan2 nti.spesis tgn lembab ni pon x sesuai touchscren.nti tehegeh-hegeh.haha

    ReplyDelete
  4. hahaha slide dh xmo ek.nant2 aku survey2 ya.hehehe

    ReplyDelete