Wednesday, June 23, 2010

Just Died


Saya bukanlah seorang penggemar kucing.Jauh sekali berhasrat untuk membeli atau membelanya dengan penuh kasih sayang.Tidak gemar bukanlah bermakna benci.Tetapi,kurang gemar.uish,ayat itu lebih kurang sama.Lagi-lagi kalau kucing itu berunsurkan cakaran,gigitan,buluan dan sebagainya.Tak payah cakap.Itu semua ciri-ciri yang ada pada kucing.Terasa geli dan kalau terdesak sahaja saya akan memegangnya.Contoh,kucing yang jatuh dalam longkang dan hampir lemas.Saya akan tolong.Tapi kalau kucing tidur atas katil dengan penuh enak,saya akan shuh shuh shuh halau supaya pergi.Kalau cara tersebut sia-sia,saya tolak kucing itu dengan menggunakan alatan selain tangan seperti kain atau bulu ayam secara berhemah.

Pernah tidak anda menghadapi situasi seperti waktu makan,ada kucing yang menagih simpati sambil mengiau-ngiau meminta sedikit makanan daripada
anda?
Kadang-kadang,kalau kita tidak terpengaruh dengan ngiauan tersebut mereka pasti membuat cubaan melompat dengan harapan dapatlah tulang-tulang ikan yang tidak seberapa.Kesian bukan?
Untuk mendidik kucing supaya hidup berdisiplin,saya akan pastikan waktu makan saya terpelihara sepenuhnya.Maksudnya,tiada perkongsian di antara kami.Kecuali kucing itu berkeras juga sehingga membahayakan saya dan makanan terpaksalah mengalah juga.Bahaya kalau tiada tolak ansur,boleh jadi pinggan semua terpelanting kerana cubaan berani mati kucing yang sememangnya di luar jangkaan.

Walaupon bukanlah pembela kucing,tidak pernah sepanjang hidup bertindak kejam mengasari haiwan comel ini.Saya tidak membiarkan kucing kelaparan.Saya masih boleh memahami perasaan kucing ketika lapar atau sakit.Cuma untuk membelainya tidak boleh saya lakukan.Tengok dari jauh dibolehkan:)

Teringat riwayat sahih Bukhari dan Muslim tentang kisah seorang wanita yang dimasukkan ke dalam neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberinya makan dan minum sehingga mati kebuluran.Nauzubillah.Semoga saya menjadi lebih penyanyang dan tidak termasuk dalam golongan ini.
Dalam satu peristiwa lain ketika sahabat Nabi bernama Abdul Rahman Bin Sakhr menemui seekor kucing yang kehilangan ibunya.Lalu beliau mengambil dan meletaknya dalam bajunya dan menuju ke Masjid Nabawi.
Sampai di masjid,Rasullah bertanyakan Abdul Rahman apa di dalam bajunya.Beliau menjawab kasihan melihat anak kucing ini yang kehilangan ibunya.Lalu Rasullah menggelarkan beliau dengan Abu Hurairah iaitu bapa kucing.Gelaran tersebut kekal sehingga sekarang yang mengingatkan saya kepada suatu amal soleh yang wajar dicontohi.

Namun,setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Pagi tadi dikejutkan oleh sms daripada Ata.

Ejie,Blacky dah mati.Sakit tua ni.Tak pon,kene patuk ular.Adik nangis.Adoi,pagi-pagi dah sedih.Adik nangis macam masa kat KL.Dia cakap ganti kucing lain.Abah pon macam sedih

Saya turut sama bersedih.Blacky merupakan kucing yang paling lama jangka hayatnya bersama keluarga saya.Walaupon sering dilabelkan cacat kerana langsung tidak mengiau berbeza dengan kucing-kucing yang lain,Blacky tetap menjadi kesayangan ahli keluarga saya yang lain.

Abah,nanti gantikan Blacky.Pilih yang ceria dan aktif, buat teman ayam pam abah.Tapi kalau a
yam pam abah yang mati,saya orang yang paling gembira.haha.Nanti kita cerita ayam pam ok.



Adakah ini makanan Blacky?

Kesedihan berlalu bersama perut yang lapar.Teringat pisang di dapur.Bergegas ke dapur menggoreng pisang.Lor,ingatkan makanan Blacky tadi.hahaha
Tidak tahu mahu salahkan siapa.Tepung adabi,pisang atau diri sendiri.Siap rentung lagi.Goreng sikit punya lama.Tetapi tidak garing-garing.Putus harap dibuatnya.Kalau Blacky masih hidup,agaknya pandang sebelah mata sahaja.Kata Blacky makanan dia lagi best.haha.
Rentung-rentung pon,habis satu pinggan dinikmati bersama Aby.Kalau sudah lapar,semua sodap.YUMMY:)





No comments:

Post a Comment