Saya mungkin bercakap yang saya berduka tanpa menyedari orang lain juga sedang berduka.Itulah yang dikatakan jiwa lara.Pada saya,jiwa lara adalah satu bentuk kesedihan tanpa ekspresi yang tidak dapat diolah dengan kata-kata melainkan keluhan.Sehingga saya percaya,hanya pada Allah sebagai tempat mengadu dengan sepenuh hati.Jika punca jiwa lara diceritakan kepada yang salah,kemungkinan untuk mendapat penyelesaian yang tidak tepat akan ada dan seandainya penyelesaian ini yang saya ambil maka bertambahlah lara yang ada.Indahnya menjadikan Allah sebagai tempat mengadu:
Allah VS Manusia:
- Kita tidak perlu takut akan kebocoran rahsia.Rahsia pasti terjamin kerana Allah tidak akan mengaibkan sesiapa yang berkehendak kepadaNya.Sebaliknya pepatah "biar pecah di perut,jangan pecat di mulut"yang sering diungkapkan oleh manusia belum pasti memberi jaminan yang total
- Kita tidak perlu menyusun ayat untuk difahami sebagaimana mengadu dengan manusia.Cukup dengan kata hati walaupon dengan ayat dan bahasa yang tidak tersusun.Sebaliknya manusia memerlukan susunan ayat yang betul kerana jika tidak akan membawa kepada salah tafsiran.
- Kita tidak perlukan masa yang khusus untuk mengadu kerana Allah tidak pernah tidur jauh sekali lalai mendengar doa hambanya.Tetapi manusia perlukan masa tertentu kerana mereka mungkin mempunyai masalah lain yang perlu diatasi.
- Kita tidak perlu takut dengan isitilah bosan kerana Allah suka hamba yang mengadu kepadaNya.Sebaliknya manusia akan cepat berasa bosan.Silap hari bulan,kita akan dilihat sebagai manusia yang bermasalah dalam menangani hidup.ish ish ish
- Kita tidak perlu takut permintaan hajat yang kita mahukan kepada Allah.Sebaliknya,luahan kita kepada manusia mungkin didengar tetapi tidak dibantu
Usia yang makin hari makin melangkaui waktu membuatkan saya berfikir seolah-olah mendahului masa.Tapi tidaklah lebih 40 tahun di mana saya berada sekarang kerana apa yang dimiliki sekarang membuatkan saya semakin optimis.Pernah anda terfikir kenapa seringkali kita merujuk orang tua tentang hal-hal yang akan datang?Selalunya nasihat orang tua lebih tepat lebih bernas dan betul bukan.Orang tua banyak pengalaman,terlebih dulu merasai kemasinan garam dan kemanisan gula.Inilah yang telah ditanam dalam pemikiran saya sejak dari kecil supaya akur dengan nasihat orang tua.
Setelah 26 tahun menikmati kurniaan Allah,baru saya yakin ada kebenarannya menjadikan orang tua sebagai rujukan.Iaitu saya perlu berfikir lebih daripada usia sebenar kerana ia mampu melatih gerak hati.Gerak hati yang banyak membantu saya untuk berfikir dengan lapang serta yakin melalui jalan yang akan berkesudahan akhir nanti.Berfikir dan bertindak seperti orang dewasa bukan bermaksud kita akan cepat tua.Kemudian muka berkerepot,kedut-kedat sana sini atau kesan-kesan penuaan yang degil tidak mahu hilang walaupon menggunakan Safi Rania Gold(usia,kenapa perlu berahsia.tak suka suara perempuan dalam iklan itu.haha)
Tetapi kita akan lebih cepat bangkit daripada masa silam yang tidak pernah dimanfaatkan sepenuhnya sebelum ini.Anda bayangkan sekiranya kita masih bertindak seperti keanakkan,mana mungkin kematangan dan personaliti unggul akan terserlah.Lambat laun otak akan lembab dan kurang matangnya.
Sesungguhnya terlalu banyak yang saya lalui setengah tahun ini.Tidak mengapa,apa-apa yang kurang memberangsangkan itu saya ambil sebagai proses pembelajaran kehidupan.Semoga bulan yang akan datang lebih menguatkan jiwa,titik duka yang ada akan berubah menjadi cahaya seterusnya memberi inspirasi hidup yang lebih tenang.InsyaAllah:)
touching pada ayat yang xperlu aku "gazekkan" di sini...
ReplyDeleteuiks,adakah anda pengguna safi rania yg xbpe nk gold?haha
ReplyDeletesaya kenal tangan siapa yang memegang yassin itu..huhu...
ReplyDelete