Monday, July 5, 2010

Pelakon Terhebat

Seperti kebiasaan yang biasa saya melengkapi rutin harian ke sekolah.Seperti biasa juga saya akan masuk ke kelas setiap hari.Malah sudah biasa berbebelan dalam kelas seolah-olah semua benda tidak molek dipandang.Dan sudah menjadi kebiasaan kau Ejie akan merapu dulu sebelum menulis.haha
Sebelum ke kelas Tingkatan 1 tadi,saya sempat membuat persediaan untuk aktiviti Bimbingan Kelompok.Terkial-kial dan kekeringan
idea dibuatnya.Sehinggalah saya memilih aktiviti "SUNTINGAN AKHBAR" untuk pelajar.

Arahan aktiviti ini sangat mudah.Mengumpul sebanyak mungkin maklumat pekerjaan dan mengenalpasti minat kerjaya masing-masing.Setelah semuanya lengkap,pelajar diarahkan memilih salah satu pekerjaan yang paling diminati dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan yang lain.
Menarik!Hampir separuh daripada 35 orang pelajar memilih kerjaya artis dan amat berminat dengan dunia hiburan.Jangkaan saya meleset apabila kerjaya senonoh
seperti guru,saintis,jurutera,usahawan langsung tiada dalam angan-angan pelajar.Bukan saya cakap artis ini tidak senonoh,tapi itulah.
Tanyalah pelajar-pelajar kita sekarang tentang cita-cita mereka.Nyata sangat berbeza dengan zaman kita dulu.Jika dulu kerjaya beruniform seperti bomba,polis,doktor,askar menjadi pilihan.Kini tidak lagi. Malah artis adalah salah satu pekerjaan yang sangat dibanggakan.

Apabila ditanya kenapa meletakkan kerjaya artis sebagai pilihan utama
?
Kebanyakkannya menjawab dapat pakai baju cantik-cantik,dikenali ramai,mewah dan banyak lagi yang disebut.Muka saya sudah ketat waktu itu.Namun,tidak wajar meletakkan 100% kesilapan ke atas pelajar.Setelah menilai hasil kerja mereka,ternyata kita terlalu banyak disajikan dengan cerita hiburan.Gosip situ sana sini.Itu belum lagi majalah atau tabloid hiburan yang memaparkan keindahan dunia artis yang berwarna-warni.Kalau inilah maklumat yang pelajar perolehi daripada media cetak mahupon media elektronik,mana mungkin pengetahuan tentang kerjaya yang lebih mencabar akan diperolehi.

Di akhir aktiviti sempat saya menitipkan pesanan supaya mereka lebih fokus kepada pelajaran dan apa yang dilalui sekarang.Apa yang dipaparkan di media-media tidaklah seindah seperti yang digambarkan.
Sebaliknya usaha gigih dan berterusan mampu menjadikan diri memiliki kerjaya yang hebat.


Tidak pernah terfikir meletakkan sebarang gambar artis di blog ini.Memandangkan dunia hiburan kecoh dengan cerita JEJAI itu,maka dia diletakkan di sini.Bukan maksudnya gemar tetapi sekadar memeriahkan suasana.Segalanya bermula di Terengganu.haha

Satu aktiviti yang pada mulanya saya rasakan remeh.Seremeh-remeh aktiviti ini akhirnya membuatkan saya terkedu dan seolah-olah terkena muka sendiri.Entah kenapa hati kecil berbisik mengatakan saya juga adalah artis tanpa disedari.Malah seorang pelakon terhebat.Saya memainkan pelbagai watak dalam sehari.Watak ini berbeza-beza.

Di rumah,saya membawa watak seorang anak atau teman serumah.Di sekolah pula watak pertama sebagai kaunselor.Watak kedua memberi imej sebaik mungkin kepada orang atasan dan berusaha menjaga hati semua orang.Apabila saya bersama pelajar,saya membawa watak berbeza.Kadang-kadang agak demanding dan ini turut mengubah cara saya berlakon.Tanpa disedari saya berazam untuk membuat lakonan terbaik kepada setiap skrip hidup yang saya lalui.Pada sebelah malam saya akan rewind watak lakonan saya.Saya juga perlu merancang untuk watak keesokan harinya.Ia adalah amalan saya mahupon anda setiap hari sama ada sedar atau tidak.Kalau salah,tolong betulkan saya.

Ketika solat saya berlakon lagi.Kali ini dengan Allah.Online dengan Allah ini banyak gangguan.saya cuba tidak mahu berlakon watak hipokrit denganNya.Jika di sekolah saya cuba membawa imej terbaik di hadapan semua orang.Tetapi mengapa saya tidak bersungguh-sungguh mempersembahkan sesuatu yang terbaik apabila melakukan solat dan berhadapan dengan Allah?Sedangkan lakonan saya akan dihitung oleh Allah kelak.Persoalan yang sangat berat dan kita sememangnya pelakon terhebat di pentas dunia.Semoga sentiasa dalam keberkatanNya.InsyaAllah.

Membicarakan isu ini sangat meruntun hati.Adakalanya,doa kita tidak menerima jawapan segera daripada Allah.Pada ketika yang lain pula,kita menerima hasil yang tidak pernah kita doakan.Allah ingin mematangkan perjalanan hidup kita dengan peristiwa-peristiwa di luar pemikiran intelek manusia.Allah Maha Perkasa yang mampu menunjukkan kekuasaannya pada bila-bila masa.Namun,terima kasih Ya Allah kerana banyak membuka mata hati saya dalam menilai sesuatu sejak akhir-akhir ini.

Don't cry for me ARGENTINA.eh,tetiba:)





No comments:

Post a Comment