Tuesday, March 30, 2010

Bila 'DIA' datang

Secara tiba-tiba saya rasa tak cukup nafas nak bernafas.Tercungap-cungap seperti orang berlari pecut 200m.Mau pengsan ni kalau tidak dipulihkan dengan segera.TOLONGGGGGGG!!!
Baru sahaja siap laundry.Lepas tu sesi penjemuran.Lepas tu,packing barang sebab esok nak balik semenanjung.Cara packing tu macam nak pindah terus.Barang tak banyak,tapi lagaknya macam terbanyak.haha.
Lepas tu lagi,saya kemas dan sapu bilik secara bersungguh-sungguh.Bilik kecil je,tapi pengemasan bilik tersebut macam terbesar.huh..1st round,nampak clear je.Saya pon ke dapur.Baru je nak minum air seteguk.
Saya rasa ada sehelai rambut yang tak disapu kat tepi meja dalam bilik.Seteguk air dibatalkan.Bergegas ambil penyapu dan memulakan sapuan di bilik for the 2nd round.Ok,dah siap sapu.Niat seteguk air diteruskan.Baru je nak tuang air,saya rasa ada sawang kat penjuru katil pula.Berkejar lagi secara pantas dan tuntas dengan penyapu.Sapu lagi untuk 3rd round.Memang tak bernafas dibuatnya kalau macam ni.Tengok,saya ulang perkara yang sama,sedangkan kalau setakat sehelai rambut tu boleh je kutip dengan tangan.Tak payah proses sapuan lagi.Setakat sawang kecil yang comel di penjuru katil,ambil je la tisu lap kat situ.Lagi senang,anggap je sawang sebagai hiasan indah di bilik yang berfungsi sebagai perangkap habuk.hehe
Tapi ini la tabiat yang paling sukar saya nak ubah sampai sekarang.Suka ulang-ulang benda yang sama sedangkan ianya sudah sempurna sebenarnya.
  • Bila jemur baju,saya akan pastikan hanger dan pengepit disusun mengikut warna yang sama
  • Jemuran mengikut saiz dan jenis pakaian.Kalau baju,semua baju,Kalau seluar,semua seluar
  • Barang-barang tersusun dengan rapi mengikut label,saiz,ketinggian.Tak boleh terbalik dan salah tempat susunan.Kalau barang hilang,saya memang akan dapat detect.Dayah,pernah amik baju k.ejie kan?terus i dapat tangkap.Baik ko kerja sebagai penyusun barang,ejie.haha
  • Selipar atau kasut mesti tersusun rapi.Tak boleh senget sikit pon.Waktu saya di UPM,pernah saya patah balik ke bilik sebab saya ingat ada sebelah selipar yang tak sama susunan dia.Macam bodoh je kalau diingat balik.huhu
  • Bila makan,sisa yang berbaki pon saya boleh asingkan mengikut kategori.Kalau tulang,semua tulang.Kalau sayur,semua sayur.Ianya tidak akan bercampur dan kelihatan kemas sekali.eceh.Sampai kawan saya, Noni selalu cuba nak sepahkan terutamnya kalau makan KFC.Tapi cubaan dia mesti tak berjaya.haha.Mesti dia akan cakap.ejie,boleh tak ko jangan susun-susun kat pinggan tu?Pembungkus sebarang burger pon saya akan lipat cantik-cantik sebelum dibuang.Patut atau tidak?
  • Kemas katil pon begitu.Selimut atau cadar jangan kasi saya tengok kesengetan dia secara jelas
Ini antara perkara rutin yang memang sangat diberi perhatian.Banyak lagi sebenarnya,tapi karang sesak nafas pula dibuatnya.Sometimes,saya terasa penat dengan diri sendiri.Mungkin bagi sesetengah orang anggap perkara ni remeh dan leceh.Saya sahaja yang menceceh lebih-lebih.Saya boleh menjadi pening dan kadang-kadang boleh menimbulkan kemarahan.Tak patut tak patut.Saya tak tau apa faedahnya bersikap sedemikian.Yang pasti saya akan berasa puas walaupun penat dengan karenah diri sendiri.
Dalam Islam,namanya penyakit was-was.Dalam sejarah perubatan,ia dikenali sebagai OCD.

Was-was ini sering dikaitkan dengan syaitan.Sering membisikkan sesuatu supaya kita sentiasa leka.Anda pernah tengok orang yang berwudhuk secara berulang-ulang?atau mengangkat takbir sewaktu solat berulang-ulang dengan aneka gaya?gaya silat,silang pangkah dan macam-macam gayaan lagi.Atau orang yang wash their hands but does it too much.They want to stop,but their hands just don't feel clean enough and can't make themselves turn off the water.Saya pernah tengok orang yang scrubs hands until red and raw.Lagi teruk sampai not to touch doorknobs or handrails.Ada juga yang geli nak pijak lantai sampaikan kaki terhinjit-hinjit sedangkan lantai tu baru sahaja dimop atau dibersihkan.Teruk bukan?
Eh,ko cakap je lebih.Padahal ko pon sama.Tak tak.Saya tak sampai lagi tahap ini.Bersyukur kerana dalam solat atau ibadat lain masih ok.
Tak perlu nak lakukan perkara yang sama secara berulang-ulang.Alhamdulillah.
Saya tak akan risau dan sudah terbiasa dengan rutin sebegini.As long as i know myself.Inventori Personaliti Warna membuktikan saya memang pemilik warna emas yang sangat berperaturan dalam hidup.Tidak la berperaturan sangat pon sebenarnya.Skema hanya part tertentu sahaja.Saya rasa everyone feel anxiety,fear,uncertainty or worry at some time.These normal emotions and reactions help people protect themselves.Usually,these feelings don't last long and don't come too often.Tapi bila 'DIA' datang,separuh nyawa dibuatnya.Nasib baik masih bernyawa lagi sebab tak semua benda are taken too extremes.
OMG!tanpa disedari cubaan seteguk air masih tidak berjaya.Sekarang juga mahu ke dapur dengan harapan saya tak akan menyapu untuk kali yang ke-4.

No comments:

Post a Comment