Sunday, August 12, 2012

Gagak's Iftar

Setelah sekian lama merancang untuk berkumpul bersama-sama,akhirnya dapat juga semalam.Dari Johor,Penang,Gombak,Nilai,Seremban dan Balakong semuanya dapat berkumpul.Alhamdulillah.Saya orang paling gembira apabila saat berbuka puasa ditemani rakan-rakan baik.Selama ini berbuka secara bersendirian dengan penuh keinsafan.hehe


Ayin dan Noni.Peserta terawal yang sampai.Ayin sanggup turun dari Johor semata-mata nak masuk dalam album GAGAK saya.haha..Noni dari Balakong mestilah awal ditemani suami dan babynya yang skema, Danish:)
Agak lama tak jumpa Ayin ni.Puas hati dapat borak 2 malam sebab Ayin tidur di rumah saya.


Masam je ye Danish.Sebab tak kenal sape aunty dia ni:)


Ni cikpah.Kawan yang sanggup berkorban dunia akhirat.Kuat travel sana sini semata-mata untuk kawan.Sekarang dah semakin cantik.Hati-hati drive blek ke Penang malam ni ye.


Suami dan anak masing-masing turut sama memeriahkan iftar kali ini.Yang takde suami dan anak rilex je.Makan tanpa gangguan.ahaks..


Baby Annur Husna,tak berkelip pandang aunty Rinda.InsyaAllah semoga Allah permudahkan rezeki untuk Rinda pula.Amin..



Ini gagak yang masih solo.Sibukkan diri dengan Danish.

Wajah-wajah kesayangan yang akan saya rindui sampai bila-bila



Alhamdulillah.Sepatutnya ada sorang lagi yang tak cukup ni.Suhaili,walaupon tiada we miss you so much.Semoga dapat jumpa nanti.Terima kasih Ya Allah atas kurniaan sahabat yang sangat saya sayangi.Merekalah inspirasi saya.Berkongsi rasa dan saat susah senang,pembakar semangat dan kekuatan.Barakallah..

Wednesday, June 27, 2012

Hitung lagi...

Alhamdulillah..satu tugasan berjaya dilaksanakan hari ini.


Tapi hari ni tak tahan sabar menunggu dan menanti.Kalau tunggu bas dlm 10-15minit mesti dah sampai.Kalau lambat pon dalam 1-2 jam.Itu cerita kalau tunggu bas.
Kalau ini?Tidur makan mandi semua tak kena.Menunggu dengan penuh harapan.Ni dah petang.Hampir satu hari berlalu.Tapi soalan tak muncul-mucul.adeh...



But, Allah knows better.InsyaAllah,semoga berjaya untuk diri sendiri..oh Jumaat..tinggal 2 hari lagi.Bersabarlah...


(google image)

Tuesday, May 15, 2012

16 MEI 2012



Visit Nogori 9

Minggu lepas adalah paling penat dan memenatkan.Memang penat,tapi tak sampai hati pula apabila kawan baik call cakap nak datang tidur kat umah saya.Husband dia outstation sampai kene extend dua minggu.Memikirkan tekanan hebat dan impak sekiranya isteri ditinggalkan begitu lama oleh suami,den izinkan mereka datang melawat Nogori 9.Sekurang-kurangnya Rinda dapat project perasaan yang sepatutnya kepada saya.hehe


Saya memang tak pernah jejak pon Port Dickson ini.Disebabkan mereka inilah sampai juga saya ke sini.
Terharu dan rasa nak nangis mengenangkan detik-detik Liza dan Rinda sebelum sampai ke rumah saya.Masing-masing berkereta,tapi terlebih berani nak drive ke Nilai.hehe..Jadi pelbagai kaedah dan cara yang sangat mengharukan perasaan.huhu..Mulanya nak naik komuter.Saya cakap stop kat Batang Benar.Lepas itu mereka tukar pula nak naik ERL sampai Putrajaya atau ke LCCT.Saya cakap LCCT lagi dekat dari rumah saya.Then,naik teksi dari LCCT.Lepas itu tukar lagi dan ini lah kaedah paling sesuai.Naik teksi dari Gombak ke Nilai.Saya gelak besar sebab rasa Gombak tu macam jauh je.hahah..Jauh la juga kan.Selangor-Kl-N9.Rentas tiga negeri engkau.haha.Setiap 10 minit mereka call dan update saya.Sangat dasyat.Tapi Alhamdulillah,Liza dan Rinda sampai dulu sebelum saya sampai ke rumah.Kesian pula terpaksa tunggu saya balik dari seminar pada hari tersebut.



Sebenarnya kami berlapan.Tapi untuk jumpa serentak kelapan-lapan memang susah.Jadi apa yang ada saja la.
Saya memang beruntung.Sejak dulu hingga kini mesti ada kawan baik.Ni kawan baik masa di UPM.Kalau saya asyik sebut GAGAK tu mereka inilah yang saya maksudkan termasuk 4 orang yang lagi.






















Kepada Ayin,Soleha,Cik Pah,Noni dan Suhaili.Jangan jemu ye tengok kitaorang:)




Saya memang merancang untuk mandi-manda sebab ini juga kali pertama dapat merasai air pantai.Kalau kat Terengganu tak boleh mandi.Liza nak main-main di gigi air sahaja.Gigi pon gigi la.Yang penting basah juga walaupun separuh badan.hehe



Berhenti rehat makan ice cream.Tak bawa bekal apa-apa pon.Bawa diri je.



Habis menikmati ice cream,cuba banana boat.Saya dan Dayah je yang naik.Rinda dan Liza ikut driver dalam boat.


Best la banana ni.Tapi lepas ni taubat nasuha tak nak duduk paling depan.Ye la kan,kata orang kalau nak jadi insan kamil dan cemerlang mesti duduk depan.Kalau banana ni baik duduk tengah-tengah atau belakang.Sebab air akan terus melimpah ruah di muka anda.Orang belakang rilex je menikmati keluasan pantai.huhu
Yeah!!!aktiviti pertama berjaya...


Lepas cuba banana,cuba yang ini pula.Sampai sekarang tak tau ni apa namanya.kuikuikui..Tapi agak extrem sampai sakit tangan dan badan.Kesian Liza.Menjerit-jerit tak behenti dalam bot ini.hehe


Hampir 2 jam menghabiskan masa di sini.Tenang dan mendamaikan bersama teman tersayang.Sangat best.
























Around jam 12 tengahari menapak pula ke rumah Soleha di Ampangan.Ibu mengandung ni tunggu masa je nak kempis balik.Kami nak tengok Soleha secara live.hehe..Walaupon tunggu saat dan detik je ni sempat lagi masak untuk kitaorang.Expert je suaminya di dapur menyiapkan hidangan.Sedap pula tu.
Destinasi terakhir,ke Nilai 3.Sesi pompan mencari apa yang patut.Nak datang Nilai 3 siapkan duit je banyak-banyak:)
1 hari 1 malam.Sekejap sangat macam sekelip kerdipan mata sahaja.huhu.Minta maaf kalau terkurang layanan.Nanti datang lagi ye.Kita buat project besar bermula Jun-Ogos.Ayin,Noni,Cik Pah dan Su..jangan kecik hati sebab tak dapat join.Nanti kalau ada kesempatan giliran yang lain pula.Aku ni dah macam laki yang ramai isteri lak nak kene jaga.haha..Ayin..ko kene fine sampai cukup 10x okeh.haha



Wednesday, May 9, 2012

Minum Petang

Lama tak singgah makan-makan kat sini.Kali terakhir kalau tak salah tahun 2004.Masa tu kalau tak salah lagi beberapa kali sarapan di sini.Hampir 7 tahun lebih berlalu,petang tadi tersinggah lak kat sini.Mengisi perut sementara jam 5 petang untuk urusan kerja di PERKAMA.


Erm...suasana masih sama kalau tak salah.Eh asyik tak salah je.Lempang kang:)
Malah perniagaan bertambah maju.Kelazatan makanan pon masih terasa kalau tak salah.hahaha



Deretan nasi lemak yang memukau hati dan perut.Tapi tak terasa pula nak makan nasi lemak di petang hari.Nasi ni pon satu mangkuk kuantitinya.Mesti tak dapat habiskan.


Satey oh satey...Saya makan 5 cucuk daging dan 5 cucuk ayam.Lazat sekali!


Mee goreng...Menu orang melayu yang paling standard.Juga menu untuk break ketika mesyuarat.Kalau tak mee goreng,bihun.Kalau tak bihun biasa mesti bihun singapore.Kalau tak bihun mesti kew tiaw kan.Cuba la tukar maggi goreng ke.Kan best.hehe


Sebenarnya tak rancang pon nak makan apa.Sebab tak ingat menu apa yang sedap kat sini.Sebagai langkah selamat saya makan mee goreng dan nescafe tarik je.Rasa mee goreng standard je la.Nescafe saya bagi 5 bintang.Best..macam buat sendiri kat rumah:)
Lepas urusan di PERKAMA selesai terus balik rumah.Kelas cancel hari ini.Hip..hip..horrey:):):)