Tuesday, May 15, 2012

Visit Nogori 9

Minggu lepas adalah paling penat dan memenatkan.Memang penat,tapi tak sampai hati pula apabila kawan baik call cakap nak datang tidur kat umah saya.Husband dia outstation sampai kene extend dua minggu.Memikirkan tekanan hebat dan impak sekiranya isteri ditinggalkan begitu lama oleh suami,den izinkan mereka datang melawat Nogori 9.Sekurang-kurangnya Rinda dapat project perasaan yang sepatutnya kepada saya.hehe


Saya memang tak pernah jejak pon Port Dickson ini.Disebabkan mereka inilah sampai juga saya ke sini.
Terharu dan rasa nak nangis mengenangkan detik-detik Liza dan Rinda sebelum sampai ke rumah saya.Masing-masing berkereta,tapi terlebih berani nak drive ke Nilai.hehe..Jadi pelbagai kaedah dan cara yang sangat mengharukan perasaan.huhu..Mulanya nak naik komuter.Saya cakap stop kat Batang Benar.Lepas itu mereka tukar pula nak naik ERL sampai Putrajaya atau ke LCCT.Saya cakap LCCT lagi dekat dari rumah saya.Then,naik teksi dari LCCT.Lepas itu tukar lagi dan ini lah kaedah paling sesuai.Naik teksi dari Gombak ke Nilai.Saya gelak besar sebab rasa Gombak tu macam jauh je.hahah..Jauh la juga kan.Selangor-Kl-N9.Rentas tiga negeri engkau.haha.Setiap 10 minit mereka call dan update saya.Sangat dasyat.Tapi Alhamdulillah,Liza dan Rinda sampai dulu sebelum saya sampai ke rumah.Kesian pula terpaksa tunggu saya balik dari seminar pada hari tersebut.



Sebenarnya kami berlapan.Tapi untuk jumpa serentak kelapan-lapan memang susah.Jadi apa yang ada saja la.
Saya memang beruntung.Sejak dulu hingga kini mesti ada kawan baik.Ni kawan baik masa di UPM.Kalau saya asyik sebut GAGAK tu mereka inilah yang saya maksudkan termasuk 4 orang yang lagi.






















Kepada Ayin,Soleha,Cik Pah,Noni dan Suhaili.Jangan jemu ye tengok kitaorang:)




Saya memang merancang untuk mandi-manda sebab ini juga kali pertama dapat merasai air pantai.Kalau kat Terengganu tak boleh mandi.Liza nak main-main di gigi air sahaja.Gigi pon gigi la.Yang penting basah juga walaupun separuh badan.hehe



Berhenti rehat makan ice cream.Tak bawa bekal apa-apa pon.Bawa diri je.



Habis menikmati ice cream,cuba banana boat.Saya dan Dayah je yang naik.Rinda dan Liza ikut driver dalam boat.


Best la banana ni.Tapi lepas ni taubat nasuha tak nak duduk paling depan.Ye la kan,kata orang kalau nak jadi insan kamil dan cemerlang mesti duduk depan.Kalau banana ni baik duduk tengah-tengah atau belakang.Sebab air akan terus melimpah ruah di muka anda.Orang belakang rilex je menikmati keluasan pantai.huhu
Yeah!!!aktiviti pertama berjaya...


Lepas cuba banana,cuba yang ini pula.Sampai sekarang tak tau ni apa namanya.kuikuikui..Tapi agak extrem sampai sakit tangan dan badan.Kesian Liza.Menjerit-jerit tak behenti dalam bot ini.hehe


Hampir 2 jam menghabiskan masa di sini.Tenang dan mendamaikan bersama teman tersayang.Sangat best.
























Around jam 12 tengahari menapak pula ke rumah Soleha di Ampangan.Ibu mengandung ni tunggu masa je nak kempis balik.Kami nak tengok Soleha secara live.hehe..Walaupon tunggu saat dan detik je ni sempat lagi masak untuk kitaorang.Expert je suaminya di dapur menyiapkan hidangan.Sedap pula tu.
Destinasi terakhir,ke Nilai 3.Sesi pompan mencari apa yang patut.Nak datang Nilai 3 siapkan duit je banyak-banyak:)
1 hari 1 malam.Sekejap sangat macam sekelip kerdipan mata sahaja.huhu.Minta maaf kalau terkurang layanan.Nanti datang lagi ye.Kita buat project besar bermula Jun-Ogos.Ayin,Noni,Cik Pah dan Su..jangan kecik hati sebab tak dapat join.Nanti kalau ada kesempatan giliran yang lain pula.Aku ni dah macam laki yang ramai isteri lak nak kene jaga.haha..Ayin..ko kene fine sampai cukup 10x okeh.haha



3 comments: