Wednesday, May 9, 2012

Minum Petang

Lama tak singgah makan-makan kat sini.Kali terakhir kalau tak salah tahun 2004.Masa tu kalau tak salah lagi beberapa kali sarapan di sini.Hampir 7 tahun lebih berlalu,petang tadi tersinggah lak kat sini.Mengisi perut sementara jam 5 petang untuk urusan kerja di PERKAMA.


Erm...suasana masih sama kalau tak salah.Eh asyik tak salah je.Lempang kang:)
Malah perniagaan bertambah maju.Kelazatan makanan pon masih terasa kalau tak salah.hahaha



Deretan nasi lemak yang memukau hati dan perut.Tapi tak terasa pula nak makan nasi lemak di petang hari.Nasi ni pon satu mangkuk kuantitinya.Mesti tak dapat habiskan.


Satey oh satey...Saya makan 5 cucuk daging dan 5 cucuk ayam.Lazat sekali!


Mee goreng...Menu orang melayu yang paling standard.Juga menu untuk break ketika mesyuarat.Kalau tak mee goreng,bihun.Kalau tak bihun biasa mesti bihun singapore.Kalau tak bihun mesti kew tiaw kan.Cuba la tukar maggi goreng ke.Kan best.hehe


Sebenarnya tak rancang pon nak makan apa.Sebab tak ingat menu apa yang sedap kat sini.Sebagai langkah selamat saya makan mee goreng dan nescafe tarik je.Rasa mee goreng standard je la.Nescafe saya bagi 5 bintang.Best..macam buat sendiri kat rumah:)
Lepas urusan di PERKAMA selesai terus balik rumah.Kelas cancel hari ini.Hip..hip..horrey:):):)

2 comments: