Tuesday, April 26, 2011

Sama-sama mengingat

Mesyuarat kurikulum semalam berlangsung sama seperti mesyuarat sebelumnya yang pernah saya hadiri.Cuma semalam cukup memberi kesan yang mendalam.

"Saya rasa program kemahiran belajar yang dibuat oleh kaunselor tak berjaya la.Budak kelas saya tak pandai pon buat peta minda.Yang ranting-ranting tu memang dorang tak boleh buat"

Setelah pernyataan itu ditujukan kepada unit saya seolah-olah air panas sedang mencurah-curah ke atas kepala tanpa henti.Nak tergelak pon ada.Bukan tidak biasa dihentam dalam mesyuarat.Saya tidak kisah dikritik malah bersedia untuk menerima dengan hati terbuka untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.
Tapi cikgu,saya memohon agar anda menggunakan bahasa yang lebih banyak lapiknya sesuai dengan pengalaman cikgu berbanding saya yang setahun jagung ini.Sampai sekarang masih segar dalam ingatan.Kadang-kadang saya terfikir umur tidak menjanjikan kita untuk bertindak matang.Tetapi pengalaman,kepekaan dan ilmu itu akan mematangkan seseorang.

Program yang cuma sempat berlangsung satu hari selama 2 jam untuk setiap kelas.Adakah anda fikir dalam SEDETIK WAKTU itu mampu mengubah pelajar secara mendadak?
SEDETIK LEBIH pon tidak bukan???

Arrggggh...lupakan saja kisah itu.Tetapi, terima kasih atas ingatan anda kepada saya.Banyak perkara yang saya pelajari.

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"

  • Kalau kita suka menegur,kita mesti pastikan teguran itu dituju ke arah kita terlebih dahulu.Kemudian,baru kepada orang lain
  • Teguran itu biasanya bersifat membina kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu
  • Persepsi kita lain,persepsi orang lain
  • Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur.Tapi ramai yang tidak mampu untuk lakukan.Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur
  • Sebelum menegur,biasakan isyarat untuk diri sendiri dahulu barulah kepada orang lain
  • INGAT!apabila anda menunding jari terhadap kesilapan orang lain,sebenarnya TIGA JARI ANDA TELAH MENUNDING KEPADA DIRI SENDIRI.ITU ADATNYA

4 comments:

  1. ejie.... wah, nampak bisa ayat dia huhuu
    tp sy suka TIGA JARI ANDA TELAH MENUNDING KEPADA DIRI SENDIRI =) rs saya xsemestinya mgharapkan guru kaunselor je yg bg tunjuk ajar semua tu. guru tu pun bertanggungjawab tuk tunjuk cara, xperlu menuding jari kat org. jadikan itu sbgai igtan dan pegangan

    ReplyDelete
  2. hahaha sabar je ejie.kau cakaplah,saya tak ada tongkat sakti yg boleh ubah anak murid dalam masa sekelip mata ;p

    ReplyDelete
  3. selagi manusia bernama manusia jie..kadang2 memang ada makhluk yg terlebih kemahiran menuding jari kat org lain..hehe teringat kat pengalaman setahun jagungku dulu plak..

    ReplyDelete
  4. sabar la duhai hati.thanks kawan-kawan yg memahami.Jiha,noni n ayin..itulah ragam dunia.xpe,bekerja kerana Allah,bukannya manusia:)

    ReplyDelete