Friday, February 11, 2011

Sibuk

Kadang-kadang rindu juga suasana kerja yang santai santai di Sarawak.Balik sekolah bermaksud semua kerja tidak akan ikut balik sama.Letih di sekolah pon tidak pernah terbawa-bawa sampai ke rumah.Semua cuti akan sentiasa segar di ingatan.Namun semua itu sudah berlalu.Sekarang balik sekolah bermaksud kerja akan mengekor sama sampai ke rumah.Letihnya setiap hari.Cuti umum atau sekolah pon saya sudah tidak ambil kisah lagi.Aduhai kehidupan.Sememangnya mencabar perasaan.

Saya akui agak sukar menyesuaikan diri pada bulan pertama bertugas di Semenanjung.Terlalu sibuk dan menyibukkan.Transisi perubahan sangat ketara dan drastik.Sudah masuk Februari barulah selesa dengan rentak dan rutin kehidupan sekarang.InsyaAllah,semoga semakin selesa dari hari ke hari.

Bersama pelajar-pelajar SMK Saujana Impian dalam Program Hati ke Hati sememangnya menggembirakan.Ada baiknya sekali-sekali sekala bertukar-tukar pendapat bersama pelajar daripada berlainan sekolah.Mereka lebih menghargai dan fokus terhadap apa yang disampaikan.





Setelah Program Hati ke Hati di SMK Saujana Impian
,Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa Petronas pula perlu diikuti.Bertempat Di Hotel Presscot,Klang pada 9 Februari hingga hari ini memberikan pengalaman yang cukup berharga.

Ini adalah sebahagian daripada aktiviti kursus yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda.
Melukis lakaran wajah sendiri.Aktiviti yang sudah biasa dilakukan.Walaupon sudah biasa saya memang gagal melakar wajah sendiri.Langsung tak sama.Main taram je.haha.

Seterusnya melukis gambar lembu.Lembu pon tidak sanggup membuat pengakuan gambar ini adalah seekor lembu.haha.melalui lukisan di atas saya dikatakan seorang yang berterus-terang,pendengar yang baik,emosi yang stabil,empati serta sanggup mengambil risiko.Betul ke? :)

Ujian Personaliti Warna.Kali terakhir saya menjawab ujian ini adalah semasa di UPM dulu.Walaupon sudah beberapa tahun berlalu,keputusan ujian tetap sama.Masih mengekalkan personaliti EMAS.Mari-mari semua,kenali pemilik personaliti EMAS ini.

CIRI-CIRI SEMASA KANAK-KANAK
  • Ikut undang-undang dan peraturan sekolah
  • Menghormati pihak berkuasa
  • Selesa dengan rutin pelajaran
  • Mudah sesuaikan diri dengan sistem sekolah
CIRI-CIRI KESELURUHAN
  • Keibubapaan
  • Konservatif
  • Tradisional
  • Bertanggungjawab
  • Paraktis
  • Waras fikiran
  • Boleh dipercayai
  • Setia
  • Bersistem
  • Ikut peraturan
  • Menepati masa
GAYA PAKAIAN
  • Tradisional
  • Tidak ikut trend (yang ini langsung tidak tepat dengan diri saya.huh)
GAYA MAKAN
  • Sangat tertib dan sopan
SUSUN ATUR BILIK
  • Kemas dan bersih

Ahli kumpulan semasa kursus.
NAMA KUMPULAN:GIGI
(tibai je nama kumpulan ni.Ada juga kumpulan lain yang lagi tibai meletakkan nama kumpulan seperti CELANA,BISUL dan HULAHUP.lawak lawak)



Sebahagian daripada ahli KUMPULAN GIGI.Fiza,Azfa dan Zana


Yunus dan Adila.Coursemate B&K UPM.Lama tak jumpa.Dalam kursus berkesempatan berjumpa mereka yang sudah menjadi pasangan suami isteri.Tak sempat nak tangkap gambar dengan seorang lagi coursemate,Taufiq.Dia dah balik awal untuk menguruskan kendurinya.Selamat Pengantin Baru ye Taufiq.Mengembang besar dah ko sekarang.hehe

Yang bestnya malam terakhir terselit slot kajian lapangan di i-City.Yeah....
Mengukur tanah la kitaorang di sana.


Dalam banyak-banyak pokok dan hiasan di i-City,pokok ini yang paling saya suka dan menarik perhatian saya.Cantik dengan cahaya yang bergemerlapan




Siap jumpa H berkeliaran lagi kat sini.Tapi memang kesian la budak ni.Kostum yang memang lawak.Pakai telekung sembahyang dengan topeng.Kerjanya menyergah orang yang lalu-lalang.Dah siap tangkap gambar dengan saya dia mengadu.Kak,panaslah.haha




3 comments: