Thursday, December 2, 2010

Bumi Kenyalang (EPISOD 2)

Percutian dimulakan dengan keinginan ke Pantai Damai.Salah sebuah pantai yang dikatakan cantik,indah nan permai.Malangnya,cubaan kami menjejak pasir putih tepi pantai pon tidak berjaya.Semua pintu dan laluan ke pantai ditutup kemas seolah-olah tidak sudi menerima kunjungan kami.Kecewa!
Sudahnya,melepak-lepak la dulu di Santubong Resort menikmati pemandangan Gunung Santubong di situ.

Uiks,mana Gunung Santubongnya Cik Ata?

Welcome to Sarawak Culture Village.Visiting Sarawak will never enough without coming here.It was their 2nd day in Sarawak and i didnt give them a change to rest.hehe
The entrance to the cultural village is RM60 for tourist to learn and view the whole Sarawak.Sangat mahal.Tapi berbaloi la untuk kunjungan sekali seumur hidup.




















Keletihan berlegar-legar di Kampung Budaya,kami sempat menyaksikan persembahan kebudayaan di sini.


Great performances.Thumbs up:)

Singgah sebentar di Pasar Satok untuk membeli terubok ikan masin.Entah kenapa hari ini saya rasa sangat jengkel dengan karenah peniaga ikan di sini.Sebelum ini tak pernah pula jadi camni.Terlalu berebut-rebut pelanggan untuk membeli sehinggakan terkeluar perkataan yang langsung tidak menyenangkan halwa telinga.Kalau diikutkan hati,memang tak terbeli la ikan-ikan ini.




Seronok betul tengok Kak Chah membeli ikan.Ingatkan student UITM yang jual ikan ini.Rupa-rupanya UITM adalah singkatan kepada USAHAWAN IKAN TERUBOK MASIN.Kreatif.hehe





Kepuasan jelas terpancar di wajah Ata bersama ikan masinnya.Lagi-lagi dapat beli dengan tangan sendiri:)

Selesai di Satok,membeli souvenier di Water Front.Lama juga kami di sini.Sampai tak sempat nak pegi Crocodile Farm.



Malam ini,kami memilih untuk menjamu selera di Topspot pula.Pelbagai seafood dengan harga yang murah ada di sini.

MENU:
Nasi putih
Ikan Siakap 4 Rasa
Udang Butter
Ayam Cili
Udang Celup Tepung
Sup Cendawan




Apabila perut sudah kenyang,mata pon mula mengantuk.Sepatutnya ke Parkson sekejap,tapi badan sudah letih.Pusing-pusing Water Front kemudian terus pulang ke Harbour View.Hari ini sangat padat dengan pelbagai aktiviti dan keseronokkan.Episod 3 ada lagi ke?

1 comment:

  1. wahhhhhhh...bestnyaa.....huhuhuhukkkkkkkk...
    cantek gambar...bagus2..

    ReplyDelete