Wednesday, December 1, 2010

Bumi Kenyalang (EPISOD 1)

Fuhh,sekarang baru boleh menarik nafas lega setelah berhempas-pulas berinduksi di samping menjawab Ujian Akhir Khusus.Tiga hari induksi tanpa sebarang tips soalan memang sangat tercabar.Pesanan kepada rakan-rakan lain yang bakal berinduksi,baik study sebanyak mungkin supaya anda tidak menjadi seperti saya nanti.huhu
Baik,sekarang tinggalkan segala urusan kerja.Masa untuk BERCUTI!!!
Percutian dimulakan dengan kedatangan my lovely sis,Ata ke Kuching petang tadi.Dengan tujuan murni menyahut seruan kerajaan dalam Kempen Cuti-cuti Malaysia di samping melihat sendiri kehidupan adiknya di sini.Walaupon saya tidak membawanya sampai ke
Lubok Antu,ke Kuching sudah cukup memadai.Kata Ata,kunjungan ke Sarawak ini akan melengkapkan perjalanananya ke seluruh negeri di Malaysia.hehe
(p/s:Dayah,jangan marah ya.Nanti giliran awak pula.Jangan risau.Kak Ejie bawak jalan-jalan.Pastikan poket penuh dulu.hehe)


Hello,i'm in Kuching now.The city of cat.Bumi Kenyalang for the first time:)



Kak Cah iaitu kawan Ata dan anak buahnya Farzana turut datang ke sini


Kami dinner di seberang Water Front.Kali pertama mencuba nasi ayam penyek di Baruk Village ini.Rasanya best dan harga pon lebih murah berbanding di food court.Jadi,kepada rakan-rakan LA(Jiha,Mai,Kak Su,K.Ila dan Abby)saya cadangkan korang try tempat ini.Pasti tidak kecewa.hehe


Dekorasi Baruk Village pon agak cantik dengan hiasan etnik-etnik Sarawak.Homestay berunsurkan rumah panjang pon ada.

Eh, awak tengok apa tu?


Kek Lapis Dayang Salhah.Memang terkenal di sini.Gambar-gambar dekat belakang tu kebanyakkannya gambar artis yang pernah datang ke kedai ini.


Anda boleh rasa kek yang tersedia di sini.Nak makan sebanyak mana sampai kenyang pon diizinkan


Aneka kek lapis yang cantik dan menarik dijual di sini


Saya bawa Ata,Kak Chah dan Farzana ke kedai kek lapis yang lain pula.Dalam banyak-banyak kek lapis kat Sarawak ni,saya sangat menggemari Kek Lapis Mira dan Taka.Kek lapisnya lebih lembap dan sangat sedap di makan begitu saja.Ye la,tak kan nak makan kek lapis dengan nasi kot.haha.Cumanya Kek Lapis Mira ini tak boleh simpan lama-lama sebab kadar kelembapannya tersangatlah tinggi.Jadi sesiapa yang berhasrat untuk membelinya,kena terus makan pada hari tersebut okek.


Setelah mengisi perut sehingga kenyang pada malam ini,jom menjamu mata dengan jamuan kerongsang,butang,rantai dan cenderamata di sepanjang jalan di Water Front.Banyaklah juga pilihan yang ada di sini.
Mereka sedang merancang pembelian barangan kemas.hehe

Letih sebenarnya tapi memang menyeronokkan.Semua sudah tidur dengan lena sekarang.Destinasi esok?TUNGGU......

No comments:

Post a Comment