Monday, August 9, 2010

Selagi Bergelar Cikgu

Pagi tadi ke pejabat pos.Poskan parcel untuk uncle Rashid.Orangnya tidaklah ramai sangat,tapi agak lama juga beratur sebelum urusan pos selesai.Bila sampai turn saya,kerani tu bertanya:



Awak cikgu kan?

(pejabat pos kecik,jadi soalan kerani tersebut menarik perhatian semua orang ke arah saya)



Ya, saya



Apa beza DARI dan DARIPADA?



Waktu itu,saya berfikir-fikir jawapan yang paling mudah dan senang difahami oleh semua orang.



Erm,kalau DARI tu kita gunakan untuk tempat dan masa.Kalau DARIPADA pula untuk nama orang.(masa tu,entah betul entahkan salah jawapan saya.Nak sebut Kata Ganda ke atau Kata Sendi memang mentakutkan.Takut salah.haha. Serentak semua orang dalam pejabat pos tu cakap OHHHHHHH.Semacam mereka baru tahu jawapan sebenar sedangkan saya pon terkial-kial.haha)



Kenapa saya belajar dulu lain?(eh,macam tak puas hati saja dengan jawapan saya)



Tetiba,seorang pakcik mencelah perbualan kami.Sekarang kan dah zaman moden,mesti banyak yang dah tukar.(senyum melerek saya waktu itu.Ada juga yang menyelamatkan situasi.hehe)



Ya la kan.Sekarang semua dah berubah.(cepat pula dia bersetuju dengan pendapatan pakcik tu.haha)

Saya selalu keliru kalau perkataan ni.Tu yang nak tanya cikgu tu.



Ok.Saya yang cikgu ni pon masih keliru.Masih belajar juga.



Itulah kisah pejabat pos di pagi hari.Kalau dah namanya cikgu tidak kira masa atau tempa
t,tugas menyampaikan ilmu tidak akan terhenti.Saya terfikir kalau sudah membawa gelaran cikgu mesti bersedia tidak kira walau di mana pon.Ini belum orang lain tanya di tempat lain lagi selain sekolah.Sekaligus,penguasaan ilmu dalam apa jua bidang mestilah pada tahap yang cemerlang bukan tahap membimbangkan.Sebab orang di luar tidak kisah apa opsyen kita mengajar di sekolah sekiranya mereka ingin bertanyakan sesuatu.But everything we should know as long as a teacher.



MARI TUTORIAL BERSAMA-SAMA:



Sebenarnya kata sendi nama DARI dan DARIPADA mempunyai pengertian yang berbeza dalam sistem tatabahasa Melayu.



DARI: Kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.



Contohnya :

  • Ahmad datang dari mana?
  • Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.

DARIPADA : Kata sendi daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut :

a) Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad. Contoh:

  • Ali menerima sepucuk surat daripada ibunyayang kini sedang menunaikan fardu haji.
  • Ahmad dapat menyelesaikan masalah itu hasil daripada ketabahannya menghadapi dugaan.

b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.

  • Kain yang dipakai oleh Puan Mariam diperbuat daripada sutera.
  • Raja menerima berita kemenangannya dalam pertandingan melukis daripada berita yang disiarkan melalui televisyen.

c) Menyatakan sebahagian daripada semua. Contoh :

  • Enam orang daripada mereka mati disambar petir.
  • Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.

d) Menyatakan perubahan , perbezaan atau perbandingan contoh :

  • Adik lebih tinggi daripada abang
  • Pendapatan yang dikemukakan jauh lebih matang daripada usianya yang sebenar.

e) Kata sendi nama daripada boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif apabila digunakan untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan. Contohnya :

  • Lebih baik menjawab soalan daripada tidak menjawab langsung.
  • Daripada duduk sahaja di rumah lebih baiklah beramal ibadat, membersihkan kawasan masjid dan lain-lain.


Wah,sudah boleh jadi cikgu BM ni.hehe



No comments:

Post a Comment