Wednesday, August 18, 2010

Nikmatnya Ramadhan


Alhamdulillah,sudah masuk hari ke-9 umat Islam berpuasa.Begitu pantas masa berlalu.Terlintas di fikiran,bagaimana prestasi Ramadhan saya minggu pertama ini.Alhamdulillah,mudah-mudahan bertambah baik dari hari ke hari.Ini merupakan tahun kedua saya berpuasa di Sarawak.Tiada banyak bezanya berpuasa di semenanjung.Betul.Masih menahan lapar dan dahaga bermula terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari serta melipatgandakan amalan di bulan barakah ini.(siap bagi pengertian puasa,lagak seperti di semenanjung aku tidak menahan lapar dan dahaga.haha)

(BERBUKA DAN BERSAHUR)
Berbuka puasa memang awal.Sekitar jam 6.47pm sudah masuk waktu berbuka.Kalau di semenanjung memang mencapai perbezaan setengah jam lewatnya waktu berbuka.Jadi masa di sini lebih cepat dirasakan berlalu.Kalau berbuka sudah awal maka waktu imsak untuk bersahur pon turut mengikut jejak langkahnya.Pendek kata semua awal.Belum terlambat untuk mengalu-alukan kedatangan dua orang new housemates kami, JIHA dan MAI.Kalian mengembalikan kesunyiaan rumah ini.Tabahkan hati di sini ok.Rumah kami kembali ceria dengan gelak ketawa memeriahkan suasana.

(BAZAR)
Wah rindu sangat akan bazar.Tapi kat sini saya memang tidak kenal bazar.Majoriti non-muslim.Jadi kewujudan bazar memang tidak pernah berlaku.Kalau berkeras juga ke bazar,terpaksa menapak lebih kurang 84km ke Sri Aman.Setakat ini saya lembik-lembik sahaja yang tidak akan memungkinkan saya ke bazar.hehe
Semua masak sendiri.Kalau sudah namanya masak sendiri,kene keraskan diri sekali lagi supaya tidak merepek mahukan serba macam kuih-muih semenanjung yang sudah lama tidak dijamah.Bekalan mentah yang halal agak terhad di sini.Tidak banyak pilihan yang ada.Jadi setiap hari kami mereka cipta lauk-pauk dan mevariasikannya supaya terubat rasa rindu di hati.sob sob sob

(TERAWIH)
Walaupun bazar terlalu jauh untuk dibuat lawatan sambil membeli,masjid hanya memakan masa 3minit untuk dikunjungi.Jadi,mana pilihan terbaik?Apa?mau pegi bazar juga?Hep,sini saya bagi kompang dua bijik.haha.
Alhamdulillah,masih berpeluang berterawih bersama-sama di Masjid Nurul Huda Kampung Melayu.
Paling membuatkan kami rajin berterawih,jam 8.40pm sudah beres 8 rakaat.Kalau complete 21rakaat sekitar 9.15pm sudah habis.Jadi,mana pilihan terbaik?Apa?21 rakaat?Hep,sini saya tukar kompang dua bijik kepada moreh yang best-best.haha
Buletin Utama TV3 pon belum habis lagi.Siap dapat tengok ulangan Ular Emas di TV9 lagi.
Manis juga untuk diceritakan kepada anda.Sudah menjadi kebiasaan apabila ke masjid,kami akan bersiap-siap lengkap dengan telekung.Pada awal Ramadhan terserempak dengan anak-anak jiran di sini.Mereka akan menjerit dan tidak bergerak melihat kelibat kami yang disangkakan H.Bukan sahaja anak-anak kecil malah ibu bapa mereka pon begitu juga.Tapi ibu bapa tidaklah menjerit seperti anak mereka.Cuma mukanya agak cuak lalu terus bertanyakan soalan:Cikgu nak pegi mana?haha
Tapi sekarang kelibat kami yang putih,suci dan bersih ini sudah menjadi pemandangan biasa.Tiada lagi suara-suara jeritan kedengaran.Lawak-lawak.

(UKHUWAH)
Tiga blok kejiranan di sini hanya dua rumah sahaja muslim.Rumah saya dan jiran atas rumah saya.Sebelum ini,hanya kami penghuni muslim tunggal di sini.Tak lama lepas tu,dapat jiran muslim baru.Bahagia rasanya.Budaya menghantar makanan ke rumah jiran masih wujud di sini.Walaupon kami tidak kenal malah bersua muka pon jarang namun Ramadhan sememangnya membuka pintu ukhuwah.Hampir setiap hari jiran ini akan menghantar juadah.Rasa seronok dan meriah.Serius kakak tu memang masak sedap.Yang tak sedapnya,kami memang selalu failed membalas juadah tersebut.hehe
Macam bertanding pon ada juga.Kakak tu selalu bagi kuih-muih atau lauk-pauk bercirikan tradisional.Kami pula bercirikan moden kontemporari seperti susu dibalas tuba.kah kah kah
Tak la.Dia bagi kuih kacang,kami balas cheese cake.Dia bagi popiah,bubur kacang dan sayur rebung kami pula tak balas-balas lagi.haha
InsyaAllah,petang ni kami siapkan karamel,bingka dan kuih sagu ok.Over.Apasal banyak sangat?Sebab sudah tiga bekas kakak tu tersadai di rumah kami termasuk sebiji pinggan.huhu
Satu lagi,kuih-muih ini akan di bawa ke masjid untuk Iftar di sana hari ini.

Nikmatnya Ramadhan.The month of feeling for one another.The month of feeding,the month of Al-Quran recitation,the month of prayer and iktikaf in the mosques.Entahkan tahun depan kita masih berkesempatan bertemu dengan Ramadhan kembali.Wallahualam

No comments:

Post a Comment