Friday, December 4, 2009

THE ATTRACTIONS OF TERENGGANU

Entry ni adalah khas untuk Ayin dan Soleha.Aku korbankan all my pic untuk masukkan pic korang.huhu(TIDAK!!!) Lepas korang semua pulang ke sangkar masing-masing,barulah aku free sket.Dan dan tu juga la hujan lebat sangat.Nasib time korang datang sini,panas ting-ting. :)

Setelah berpurnama plan,akhirnya menjadi la korang berdua datang ke Terengganu.Bukannya tak pernah jejak kaki ke sini,tapi dulu sekejap sangat kan.Yang ini ok.Siap dapat beraya sakan di rumah aku lagi.Best!
Kagum sangat sebab kawan-kawan saya ni sanggup redah jalan yang sesak.Sebab time tu menjelang Aidiladha.Jalan memang crowded sangat.Risau tul,tanah runtuh lagi kat Kemaman time tu.Apa pun,kene ucapkan thanx you kat TRANASIONAL sebab kuda tu la yang berjaya bawa korang selamat sampai ke Terengganu.Bayangkan,naik bas dari Seremban jam 10.30am.Sampai Terengganu jam 10pm.Ayin cakap berbirat B***** dia.hahah.Akibat lama sangat dalam bas tu,bau TRANASIONAL melekat kat baju dorang.:)Time ni nak pakai lancome pun tak akan memberi manfaat langsung.

Matlamat utama selain nak g kenduri Rinda adalah shopping.Asalnya,nak bawa dorang pergi Masjid Kristal.Abah dah bagi direction siap-siap.Naik itu la,naik ini la.Ama dah bising sebab pakai jeans,tapi ada hati nak pergi masjid.hehe(biasa la,ama saya memang begitu.sangat particular)
1st destination yang saya bawa ialah Pusat Tudung Desa Murni.Dulunya dikenali sebagai Syurga Tudung.Sebab kontreversi 'syurga' itu,terus bertukar menjadi 'pusat'.Kat sini semua ada.Tudung,batik,kain pasang,telekung,kain pelikat la la la la.Berlambak-lambak.Saya tengok Ayin n Soleha dah macam kene santau.Baru je 1st kedai yang pergi ni.Kuala Terengganu tak sampai lagi.Berejam-rejam juga la melekat kat sini.

Asyik mentelek barang.Macam nak beli satu kedai tu je

Paling lama kat DM ni kat part kain pelikat.Mula-mula Ayin yang beli.Dah saya tengok cantik lak.Tumpang sekaki la.Pastu Soleha lak yang terkena badi pelikat.Siap jadi part time worker lagi kat sini.Dak Leha,ko memang rajin la menyusun kotak-kotak pelikat ni.hehe..Susah nak tengok corak pelikat ni.Sebab dia kat dalam kotak yang tersusun rapi.Nak tengok,kene bukak satu-satu.Tiba turn saya,mesti akan koyak plastik kat dalam kotak tu dan saya failed nak masukkan dalam kotak tu blek seperti sedia kala.hahah
Saya rasa owner kedai ni dah letakkan T**** la kat sini.(saya agak je ni.heheh)Makin lama makin ramai orang yang datang.Sampaikan kitaorang pergi sini for 2times dalam hari yang
sama.On the way back to K.Berang,singgah lagi sini.Memang T**** dia kuat la.

Pasar Payang is a must visit especially for the first time visitors to this Negeri Penyu.Walaupun korang dah pernah sampai sini,ia tetap menjadi tempat wajib dan akan melengkapi hidup apabila bertandang ke Terengganu.eceh..Saya dah agak,sekali lagi Ayin n Soleha akan kene pukau secara pukal di shoppers paradise ini.haha
Merambang mata tengok batik yang extra bagan semua.Kalau berduit berkoyan-koyan di waktu itu,harus dibeli semua batik-batik tersebut.hehe


Tanpa ragu-ragu dan banyak soal,Ayin terus pickup batik kat patung tu.Tersengih sampai keluar semua gigi.hehe

Beli Ayin,jangan tak beli.Nanti kau akan jadi orang yang paling meriah kat taman tu.Tak payah risau tak cukup duit sebab ko ada card kan?haha
Now,kita tengok aksi si Soleha pula.Sama-sama menggila di pasar payang termasuklah saya yang mudah terpengaruh dengan anasir-anasir ini.:)

Just 3 steps to buy batik

Memang saya admit,Pasar payang is a great shopping destination and an interesting sight.Bukan sekadar pasar untuk memborong ,malah combination wet market and shopping market sells interesting local handicrafts,songket,fish,fruits and keropok sangat best.Dah siap beli batik,diborong pula keropok.

I dapat free keropok sebab bawa kanak-kanak riang ini.hehe

Tak cukup beli keropok kat payang,saya bawa lagi ke Losong.Tapi banyak kedai yang tutup.Sebab Terengganu dilanda taun.Hanya penjual yang berani mati sahaja yang menjual dan pembeli berani mati je yang membeli.haha.Biasanya saya beli kat Kak Yah keropok.Sebab Kak Yah's stall is the most popular at Losong,prof of that Kak Yah magnificents house located next to her stall.Dah banyak shooting drama or film kat Kak Yah ni.Sebab dah tutup kami ke Rohayati Keropok Losong.Rasanya sama je.Best juga.Dapat la dorang tengok orang gentel-gentel keropok(sesuai ke word gentel tu?hehe)

Hari dah lewat petang.Badan pun dah letih.Tak jadi gak kitaorang ke Masjid Kristal.Pagi tadi beriya-iya sangat.huhu.Si Ayin pula nak beli hadiah Rinda.Kami singgah la kat Giant.Kat Giant pon lawak tak bleh blah

.
Alahai Soleha...

Begitunya ramai manusia kat Giant rupanya.Tak gian langsung untuk ke sana lagi.huh
Ayin beli bantal ngan hadiah Rinda.Ok Leha,ko beratur skang.Kitaorang tunggu kat depan.Kaunter ekspres pun berjela-jela panjang.Sampaikan Leha ada benda yang dia akan ingat sampai mati

'Beli satu,percuma satu,erm......SEDAP!!!'(haha..entah berapa kali yang diulangnya,miming baik punya)

Tak balik lagi?Belum...saya hangkut semua kanak-kanak ni pergi kenduri dengan pakaian yang tak sesuai langsung.Semua mata memandang.Ni Terengganu la.Ko gile nyah pakai jeans pegi kenduru?ah....tak kira,nak pergi gak.Ada aku kesah?(cak cak cak cak-cite paling aku menyampah tengok)

Dapat gak g kenduri.yeah!Pengantin laki ni My Team player rupanya.Patut la familiar je muka dia


Sempat jumpa Aisyah,also my best frenz.Untuk kawanku Kimah,wishing u luv,luck and happiness to last today,tomorrow and ever after.Hearty Congratulations on ur wedding

Lepas kenduri kenduru tu,kami terus balik.Banyak lagi yang tak tercerita.Betul kan?Memang banyak attractions kat Terengganu ni.Lain kali jangan serik datang tau(ayat aunty Nora lagi,dah banyak kali saya guna.haha)Ok,dah nak tamat ni.Ayin n Leha,ko jangan baca kosong je entry ni.

Fill in the blanks with the words you learnt in Terengganu:
1.Ini_______saya
2.Mama_________ cincin
3.Beli satu,percuma satu, erm___________
4.___________ialah salah seorang pekerja Anggerik Impian
5.Abah:Ejie,hari ni ada _________kat Anggerik tu
6.Seorang lelaki telah menangkap pic seorang perempuan cina di ___________
7.Burger MacD yang ____________on that day
8.Ada seorang guest depan bilik korang yang telah___________pada suatu malam(hehe)

I bagi 8 questions je.Cari jawapan sampai dapat.Kalau semua betul,aku belanja korang kat Bora Asmara(walaupun aku rasa xla asmara sangat tempat tu.haha)

2 comments: