Thursday, December 3, 2009

HAPPY MARRIED LIFE

Kahwin session dah bermula.Kenduri sana sini.Memang la ejie,dah namanya cuti sekolah.Time ni la semua orang dok pulun nak kahwin.Habis,kau bila lagi ejie?huhu..Ama cakap nanti saya kahwin,tak de kawan nak datang sebab semua kawan dah kahwin.Soalan ni biasa sangat orang tanya.Doakan semoga saya bertemu jodoh nanti.Amin..(memang I tak tahu langsung,bila la ia akan sampai.huhu)

Entah macam mana ramai yang cakap geng ni geng GAGAK.Tak pun,antara kami je yang perasan geng GAGAK ni.hahah(asik perasan je)Pastu dengan rasa tak bersalahnya,kami gelarkan geng GAGAK. J Agaknya kalau tanya batch B&K 04/08 kenal tak geng GAGAK?Mesti dorang cakap tak tau.haha.Sebut nama members dia barulah kenal.(sah la ejie,memang syok sendiri)

Yang paling muda dalam GAGAK ni Rinda dan Noni.Tapi,tak la muda sangat pun.Beza setahun je.Tapi dorang ni derhaka pada raja dan negara.Berani tak nak panggil kita ‘kakak’.Sungguh kureng diajar betul la.Bagus juga camtu.Kitaorang yang lain ni tak de la rasa tua sangat.haha.Total semua GAGAK ni adalah 8 orang.Semuanya berkongsi minat yang sama.Kaki jalan,kaki shopping,kaki makan,kakitangan…jari kaki.haha.semua la termasuk sekali.Eh,pe kene mengena entry ni ejie?kau nak cerita pasal apa sebenarnya ni?

Tu la,dah macam entry friendship day lak.Ok ok,actually one of da Gagak’s geng dah tak jadi gagak dara lagi.Rinda dah kahwin la.hohahoha.29 November 2009 ,berjaya juga kitaorang berkumpul ramai-rami setelah almost setahun tak jumpa.Tapi bilangannya still tak cukup.Sebab Noni sorang je yang tak dapat join.Entah apa kuasa la mak si Hisyam tu.I rasa Noni dah kene pukau la.Bakal mentua tepon suh datang majlis abang Hisyam,terus setuju.huhu.Lemah tul la camni.Kalau Noni yang jadi Tok Kadi menikahkan pengantin,alasan tu boleh diterima.Tapi ni tidak?Noni,dating(malas nak betulkan spelling tu.haha) ye umah mak cik.Nenek dari Pahang teringin nak tengok Noni.sob…. sob… sob… Terus Noni lemah lutut dan time tu dah tak ingatkan kitaorang lagi.huhu.Kata Noni awal-awal ni tak boleh buat T***.hahaha(sori la ye noni,umpatan secara terang-terangan ni)

Soleha dan Ayin dah lama sampai Terengganu.Siap beraya sakan lagi.Sakannya bertambah sebab puas hati dapt shopping dan menjamu mata kat Terengganu.Ni pun boleh la dikira sebagai pukau.hehe.Cuma Su n cik pah je yang lambat sampai.Sempat stay kat Terengganu 1nite only.Tak berbaloi-baloi la camtu.tapi,takpe,at least korang sampai juga dan kita dapat jumpa.Sory ye korang,aku tak sempat la nak beli kopok.nanti dating (aku memang malas nak tukar spelling ni)Terengganu lagi tau.

Rinda dah pesan awal-awal,semua mesti pink.Tapi I tak sempat nak cari baju baru la.Merembat je yang dah sedia ada.Pastu mesti de orang akan cakap.Ejie,ko dah pernah pakai la baju ni(I akan stress lepas tu.huhu)Tak kesah pun,asalkan ada dan menepati tema yang ditetapkan ok.

Alhamdulillah,cuaca baik sekali.Rinda pagi-pagi dah tepon.Suruh gerak awal sket.Katanya rindu nak jumpa.Around 9am,kami bergerak dari Kuala Berang.Nasib la jalan tak sesak.Dalam 2hours juga ke Jerteh ni.Bila dah jumpa blek ni,semua cakap tak berhenti.Mulut masing-masing dah macam bukan ada satu je.Bila tidur je semua orang akan diam.Tapi itu tak akan bertahan lama.Bila bangun je..(pok pek pok pek)

Dah sampai rumah Rinda,borak lagi.Borak punya borak mulalah lapar.So,kitaorang la perasmi utama gulai daging kat situ.Kuasai semua makanan kat kenduri tu.hehe.

Tangkap pic banyak-banyak dengan pelbagai aksi n ngumpat-ngumpat sket.Cik pah lak sebok ajar function dalam HP SE yang memang saya failed tentang itu.hehe.Si Ayin ngan Soleha sebok bloototh lagu,theme macam budak sekolah je seperti tak ada hari lain untuk buat semua itu..haha

Tunggu punya tunggu,sampai la pak andam.Lambat sangat kitaorang tunggu dia nak siapkan Rinda.Nasib la makeup dia cantik.Tapi tak sempat nak tengok Rinda bersanding.Sebab dah lewat petang.Lagipun,Ayin dan Soleha nak blek dah malam tu.Siap je Rinda,terus kitaorang amik pic dia.Kat lua umah,sempat jumpa ben.Akhirnya,si pemilik sewa keta ini berkahwin juga.hehe.Comel je semua pink colour.



Thanx to Abah:tajaan penginapan



Buah tangan untuk Rinda.Hadiah Ayin paling besau sekali.haha


Friendship forever.kira 1st reunion la ni ek.next year,kita jumpa kat Penang



Pengantin yang tak siap-siap lagi ni.Confuse tetamu yang datang.Mana satu la si Rinda


Si Rinda memang hantu pink.abis sume di 'pink' kan


Noni,ko crop la pic sendiri kalau nak cukupkan members ni ok.


Dah letih posing ni:)


Makan time


Wajah-wajah keletihan yang akan dirindui sampai bila-bila

Puas hati tersangat sebab dah dapat kumpul ramai-ramai.Untung si Rinda ni.Semua membe baik datang time kenduri dia.Kenduri saya?(TIDAK!!!!!) Letih tu memang la.Tengok,sampai tertido dak leha ngan Cik Pah ni.Cik Pah i boleh accept ok sebab dia baru je sampai Terengganu pagi tu.Tapi dak Leha ni?Rasanya dah dua malam kat Terengganu..Tinggal la saya sorang-sorang menjadi driver yang setia.Ayin tak teman ko ke Ejie?Dia pun sama-sama tido daa.Macam orang Penang yang baru sampai.heheh


Pergi 2nd kenduri ke?

Yang ni memang tak bleh blah.Dah letih seharian kat rumah Rinda tadi perut lapar lagi.Plan nak singgah mana-mana kedai makan.Dalam keta semua dah sebut nak makan itu ini.Paling saya terasa nak makan waktu itu ialah kew tiaw goreng basah.Dah sampai Kuala Berang banyak tul kedai yang tutup.Sebab masih raya lagi time tu.Nasib baiklah satu kedai yang memang my favourite buka.Dengan gumbiranya dan penuh harapan ni nak isi perut kosong.Sampainya kat CPN Restaurant:


CPN : Dik,sebenarnya kedai ni tutup hari ni
GAGAK:
Lor,ye ke p.cik?(muka dah merah sket)

CPN : Ye,p.cik buka kedai ni sebab ada kenduri sempena korban.
Tapi tak pe,jemput-jemput makan.Semua orang yang singgah kedai ni p.cik jemput

GAGAK:
hahahah(semua gelak besar)boleh ke ni p.cik?

CPN: Boleh,silalah..jemput-jemput(secara bersungguh-sungguh p.cik ni jemput)

Cuak sebenarnya.Manalah tau,kot-kot terkena wakanabeb ke,bang bang boom ke.Tak ke naya kalau camtu?hehe.Dah rezeki depan mata,tak manislah kalau ditolak.So,jadilah 2nd kenduri yang kitaorang pergi pada hari yang sama.Tapi paling tak membahagiakan,sampai sekarang saya masih tak dapat makan kew tiau kat kedai tu.huhu :(

Special dedication to my best frenz:
  • Sory kalau layanan aku time korang kat Terengganu ni ada yang kurang(Tapi aku akan tetap rasa 1st class.haha)
  • Jangan serik datang lagi(aku memang suka guna ayat aunty Nora ni.hehe)
  • Pastikan next year di Penang menjadi ok
  • Noni,kami maafkan ko kali ni.Lain kali,jangan harap.hoha
  • Sory lagi sebab kualiti gambar yang kurang memuaskan.Camera aku dah hampir nazak sekarang.Kadang-kadang terlebih cahaya.Tak leh lawan camera cik pah tu.huhu
  • Liza,bila nak kenalkan kat kitaorang?
  • Lastly untuk Rinda,wish u a wonderful married life together

No comments:

Post a Comment