Seperti biasa,petang hingga ke malam raya kemas rumah dan masak-masak.Selalunya juadah wajib adalah nasi dagang,nasi himpit,satey,rendang dan kek sponge.Kalau tak nasi dagang pun,nasi minyak.Time ni la saya akan makan secara pukal.Macam dah lama tak jumpa makanan yang best-best.heheh
Hooooorayyyyy!LEMBU DAH SAMPAI..
Ata la yang rajin bagi nama kat para lembu.heheh.Tapi,tahun ni tak ada lak nama dorang ni.Akhirnya,selamat juga lembu ni sampai.Setiap tahun saya teruja nak tengok lembu yang akan dikorbankan.(kau tak tahu,betapa cuaknya lembu-lembu ni bila tau nak dikorbankan.huh)
Malam raya tu Ayin dan Soleha sampai.Inilah my best frenz yang datang raya kat umah saya tahun ni.Katanya nak rasa raya kat Terengganu.Sekarang dah merasa la mereka berdua apa yang dikatakan meriahnya beraya di Terengganu.Tak percaya meriah?Next year sape-sape nak datang sini,jemput ok.
Selalunya pagi raya kami memang tak sempat nak bersalam-salaman minta ampun maaf.Sebab semua orang akan sibuk nak uruskan lembu korban.Lagi-lagi tahun ni raya jatuh hari Jumaat.Masa sangat singkat dan orang akan cepat-cepat siapkan korban sebab nak solat jumaat lak lepas tu
My lovely frenz.Ayin n Soleha.Selamat Hari Raya Aidiladha
Ok..i dah inform awal-awal kan.Korang datang umah aku nanti,mesti bakar sate k.
Sambil menikmati satey yang enak itu,saya buat-buat sebok kat belakang umah.Macam la saya yang akan mengkorbankan lembu tersebut.hehe
Ibadat korban ni ada prosedurnya yang tersendiri.Dulu pandai tengok je.Alhamdulillah,tahun ni,saya dapat join sekali.Tapi tak la sampai ke proses melapah secara besar-besaran.Hiris daging secara kecil-kecilan tu ada la.

Ok.senyum lebar-lebar.lembu kat depan tu.hahah
Yes,my turn now..Ejie,mu kategori lembu hitam(kata idoh):Sahaja aku mengerjakan ibadat korban ini dengan mewakilkan sembelihan ini kepada imam kerana Allah Taala.(Baca je skrip kat idoh tu)
Mana la tok imam ni?Dari tadi tunggu tak sampai-sampai.Dah tak saba nak sembelih lembu ni

Mengerikan.Jangan tengok!cemas!Tapi kau nak tengok gak kan

Memaknakan Aidiladha dengan hati.(Lokasi:Belakang umah je...)
Jika soalan ini diajukan kepada anda yang membaca.Apakah jawapan yang bakal diberi?
Pada saya semestinya menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan seterusnya memaknakan Aidiladha dengan hati.Kerana manisnya pengorbanan,saya lebih menjadi insan yang bersyukur dengan apa yang dikurniakn oleh Allah.s.w.t
Mencari erti dengan mata hati.SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA
*TAMAT*
No comments:
Post a Comment