Friday, April 20, 2012

"Yes Cikgu"...said the robot

Semangat pula nak update kisah anak murid.Rajin secara tiba-tiba:)
Khamis lepas bawa student ke bengkel mainan.Yuran RM100 untuk satu pasukan bersama 2 orang PRS.


Nah...bengkel mainan.Mr ROBOTIK SOLAR
.On the robot kit,I think I can choose very boring parts or I can choose exciting and interesting parts.That is a reflection of my personality and the kinds of things I am interested in.




Agak lama mereka menunggu bengkel bermula.Penganjur awal-awal dah pesan jangan buka kotak tu lagi.Tapi budak-budak,mana nak dengar perkataan JANGAN.Paling clear mereka akan dengar BUKA.Jadi,elakkan guna limited language seperti JANGAN,TIDAK,TAK BOLEH kepada anak-anak.Mereka akan faham sebaliknya nanti.


Setelah mereka mengikuti teori,semangat la mereka memulakan pemasangan.Saya tolong tengok je.Sekejap pegi jenguk tengok dah jadi ke belum...dah jadi ke belum.Tak tahan tengok pekakas yang kecil-kecil dan menyakitkan mata.Tapi PRS Jamal dan Fatin ni sangat sabar.Fatin fahamkan manual,Jamal pasangkan robot sedikit demi sedikit.Tugas saya setiap 3 minit tanya dah sampai mana?dah sampai mana?Cikgu,tangan robot dah jadi..ok...ok...lega....lega:)



1 jam engkau nak menyiapkan robot yang tak sebesar mana ni.Robot solar ni boleh bertukar dalam 3 bentuk yang digemari.Seperti tank,scorpion atau robot biasa.Student saya cuba buat ketiga-tiga bentuk ini.Tapi kelemahannya bila nak tukar mesti nak kena cabut balik part tertentu.Baru la nampak rupanya.Ingatkan tekan button,BERTUKAR!..tekan button, BERTUKAR!huh...
Cakap?Mestilah tak boleh.Kalau boleh saya nak robot sebut Yes Cikgu!..hehe


Dan akhirnya...berjaya!


Saya tumpang teruja dengan hasil usaha Jamal dan Fatin.bagus...bagus...


Slot terakhir semua peserta turun ke lapangan untuk cuba robot masing-masing.
Hampir kesemua robot bergerak apabila dengan bantuan cahaya matahari.Orang kaunseling macam saya memang terlebih syok tengok robot-robot ni.Kalau orang dalam teknikal dah tak kesah semua ini kan?
Jumpa lagi:)

.

No comments:

Post a Comment