Thursday, August 25, 2011

Iftar sana-sini

Pastinya waktu berbuka adalah saat-saat yang paling dinantikan.Apa tidaknya,seharian suntuk menahan lapar dan dahaga waktu berbuka memang penuh dengan kenikmatan.Yang tinggal berjauhan seboleh-bolehnya mahu pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga.Manakala yang tinggal berdekatan cuba pulang ke rumah seawal mungkin sebelum masuknya waktu Maghrib.




Masuk minggu ketiga dan seterusnya rumah bukan lagi menjadi pilihan,sebaliknya lebih gemar berbuka puasa bersama rakan.







Sejak berpindah ke semenanjung,saya memang tak ada ramai kawan-kawan yang boleh ronggeng-ronggeng.Jadi kakak-kakak di Sri Putra inilah rakan baik saya.Kami rewang sama-sama untuk Iftar di sekolah buat kali pertamanya.Persiapan Iftar memang lama dan meletihkan.Tapi,kepuasaan dan silaturrahim yang terjalin itulah sebenarnya membahagiakan.





Rewang seawal jam 11 pagi untuk menyiapkan juadah Nasi Tomato dan Bubur Lambuk.Sangat best!





Majlis sangat meriah dengan kehadiran ibu bapa,guru dan pelajar.Tahun depan boleh anjurkan lagi majlis seperti ini:)




Siapa la perempuan bertiga ini?Muda sangat kawan-kawan yang nak ajak ronggeng.hehe






Ini mak kepada perempuan bertiga tersebut.haha






Memenuhi jemputan berbuka anjuran anak-anak murid.Mereka yang anjur cikgu yang bayar.sob sob sob.Jadi saya bagi kebebasan untuk mereka uruskan dari awal sampai akhir.Dari pengurusan tempat,makanan sehinggalah aktiviti selepas berbuka.







HASILNYA?Sesuailah mereka sebagai seorang pelajar,jadi menu berbuka memang level budak sekolah la.haha.Nasib pandai juga order tom yam.Kalau budak tak sekolah mesti nak order pari,siakap senohong,gelama dan segala:)





Ini pengarah program,Bella.Hari-hari tanya:"cikgu bila nak buka sama,bila nak buka sama".Akhirnya impian mereka tercapai.





Sudah makan kenyang-kenyang mereka ajak saya ke uptown.Saya cakap boleh.Tapi kene pegi tarawih dulu.Tengok,lepak-lepak kat luar masjid dengan handphone masing-masing.Sanggup tunggu cikgu dia habiskan tarawih sampai jam 10.BELLA,CILY dan KDJ,rajin-rajinkan diri bertarawih ye:)Apa pon terima kasih daun keladi.Sekurang-kurangnya tak la cikgu berbuka secara solo hari-hari.huhu







Penutup Iftar 1423H adalah di Oriental Crystal semalam.Makanan yang sedap,kawan baru yang sporting dan terima kasih untuk En Aziz,Kak Ita,Basha serta Kucai.Jumpa di Matrade nanti.hehe




No comments:

Post a Comment