Saturday, December 25, 2010

Hardest Thing To Do is Say T______T

Kata orang,hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri.
Merantau di negeri orang selama 2 tahun cukup memberikan sejuta warna yang melakari lakaran kehidupan saya.Walaupon ia bukanlah satu jangka masa yang lama,sesingkat waktu di Bumi Kenyalang memberikan kenangan dan pengalaman terindah yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.

Memulakan kerjaya sebagai seorang kaunselor sememangnya me
nuntut pengorbanan yang besar.Apatah lagi perbezaan budaya,adat dan nilai masyarakat yang sangat ketara dengan apa yang saya lalui sebelum ini.Terdetik perasaan berat hati pada mulanya apabila ditempatkan di Sarawak pada tahun 2008.Namun kecekalan hati diiringi doa yang tidak putus membuatkan saya berjaya menjejakkan kaki ke Daerah Lubok Antu.Sebuah pekan kecil yang tenang dan mendamaikan.







Saya sudah biasa dengan reaksi orang ramai apabila menyebut perkataan LUBOK ANTU.Ada yang takut,ada yang tertawa,terkejut,tercengang-cengang malah tidak kurang juga menjadikan LUBOK ANTU itu sebgai bahan gurauan.Apa-apa sahaja.Anda bebas menunjukkan ekspresi masing-masing ok.Yang penting LUBOK ANTU adalah sumber rezeki pertama saya.

Menurut cerita yang diperturunkan daripada beberapa keturun
an dan orang-orang tua di daerah LUBOK ANTU, nama LUBOK ANTU wujud kerana di kawasan-kawasan Ulu-Ulu Sungai Batang Ai, sering berlaku peperangan dalam masyarakat Iban.Mayat-mayat orang yang terlibat dalam peperangan itu dibuang atau kemungkinan terjatuh kedalam sungai dan dihanyutkan oleh aliran deras sungai Batang Ai. Mayat-mayat yang dihanyutkan ini telah berkumpul di satu kawasan atau Lubuk di hilir Batang Ai. Mayat-mayat berkenaan telah tersekat dan tersadai di lubuk berkenaan tanpa sesiapapun yang berani menguruskannya.

Kerana itu penduduk tempatan beranggapan bahawa kawasan atau Lubuk itu telah menjadi "Keras" atau "berhantu". Lalu wujudlah nama Lubok Antu yang mengambil sempena nama lubuk tempat mayat-mayat dari ulu sungai Batang Ai tersekat atau tersadai.

Namun kini, lubuk yang dianggap berhantu dan berpuaka itu hanyalah tinggal nama dan menjadi persoalan kepada sesiapapun yang baru mendengar nama Lubok Antu.Sejauh mana kebenarannya pon saya tidak tahu.(p/s:Kawan-kawan di LUBOK ANTU,tolong betulkan ya kalau tersalah fakta.hehe.)

Malah, kawasan LUBOK ANTU sekarang terkenal dengan pelancongan bertaraf antarabangsa.Bangga tau.LUBOK ANTU ada empangan Batang Ai yang terbesar di Negeri Sarawak.

Empangan ini bukan sekadar berfungsi membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di Sarawak tetapi juga memainkan peranan sebagai pusat pelancongan dan sumber bekalan air kepada penduduk khasnya di Daerah LUBOK ANTU. Malah dengan kewujudan Empangan ini, risiko kejadian banjir yang sering berlaku di Daerah LUBOK ANTU khasnya di daerah kecil Engkilili dapat dikurangkan malah dapat diatasi.





Jangan sesekali kau pandang rendah.HILTON pon ada tau kat LUBOK ANTU ni.Kau ada??? hahaha

PERSOALAN:
  • Kenapa sekarang baru saya nak cerita.Habis segala sejarah saya nak tulis?
  • Kenapa tidak ditulis entry ini pada tahun 2008 sejak kali pertama saya jejakkan kaki di LUBOK ANTU?Bukankah itu lebih segar-bugar?
  • Kenapa sekarang saya lebih kelihatan menghargai tempat ini berbanding dulu?
  • Kenapa???
JAWAPAN:
  • Sebab detik-detik sepanjang saya menjadi sebahagian daripada penduduk Lubok Antu sangat singkat dan masa pantas berlalu
  • Tahun 2008?langsung tiada hati untuk menulis tentang tempat ini.Blur...hehe
  • Sebab saya akan lebih menghargai sesuatu sekiranya tiada di depan mata.Sedikit sebanyak perasaaan sedih dirasakan sekiranya kehidupan rutin yang dijalani di sini bakal ditinggalkan dan akan mengalami fasa perubahan pada masa akan datang
Sekarang sudah tiba saatnya untuk mengucapkan GOODBYE SMK LUBOK ANTU:(

Hendak menebang nibung berduri,
Dibuat pagar tepi perigi,
Pantun dikarang melepasi diri,
Entahkan bila berjumpa lagi.

Majoriti pelajar saya adalah daripada suku kaum Iban.Manah amai:)

Berlainan agama,bangsa dan rupa paras bukanlah halangan untuk menjadi seorang pendidik yang baik kepada pelajar.Sekaligus menjayakan gagasan konsep 1 Malaysia.eceh...

Bersama sebahagian student yang sangat signifikan dalam hidup saya.Rimong,Shery,Adeline,Lokman,Dayang,Prima,Jesica,Arie,Pamela,Lydia.
Ingat pesan cikgu:

I Wish 4 " U "
Great start 4 Monday
No Obstacles 4 Tuesday
No stress 4 Wednesday
No worry 4 Thursday
Smile 4 Friday
Party 4 Saturday
& Great fun 4 Sunday
"Have a beautiful and smart week."





Rackeal,Dibah and Gillespie..

With my
1 Heart...
2 eyes...

5 litre blood...
206 bones...
1.2million Red Cells...
60 trillion D.N.A.'s...
I wish u "All the very best of LUCK"...

(p/s:Jangan pakai macam DIVA ya kalau amik result SPM next year.haha)



Guru-guru SMK Lubok Antu Cikgu Maling,Angella,Felicia dan Cordelia.Hari terakhir di sekolah,barulah sempat bergambar.

Tanjung sauh di Pulau Bintan,
Tempat berlabuh orang penyengat,
Berpisah jauh bercerai badan,
Sahabat handai tetap ku ingat
.

Yang hensem inilah Pengetua SMK Lubok Antu, Mr Leslie Tawan Ak Gandil.Very supportive,cool and sporting person.Juga pemilik suara emas kalau karoke.hehe

Barisan kaunselor Bahagian Sri Aman.Ira,Sabtuyah,Cikgu Lucy dan Kon.

Ira dan Sabtuyah.Geng gila-gila satu kepala.Sedihnya nak tinggalkan korang.Keep in touch ok:)

Bila la dapat peluang untuk berprogram di Bumi Kenyalang lagi?Mengajat di rumah panjang kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila.sob sob sob


Housemates ku sekalian.Jiha,Kak Suzana,Abby dan Mai.Hiruk-pikuk dan riuh -rendah di rumah Blok 1,121 akan dirindui sepanjang masa.Lepas ni dah tak dapat lagi sewa rumah RM50.Mana nak cari woooo.Sayang korang sangat-sangat.huhu


Juga teman-teman baik Zira,Kak Su dan Kak Ila yang sangat happening.Tak dapat main kutu lagi next year.hehe.Kalian memang terbaik:)

Kalau tidak kerana unggas,

Tidaklah rosak padi di sawah,
Kalaulah tidak kerana tugas,
Tidaklah kita akan berpisah.

Hidup ini bagai sungai mengalir ke muara. Sungainya berliku, kadang-kadang berjeram. Di sana sini ada pulau kecil. Di sana sini ada batu besar. Kita harus mencampakkan diri ke dalam sungai itu. Biar di bawa arusnya ke muara. Dalam perjalanan ke muara itu, kita mungkin tenggelam dan timbul. Kita mungkin terbabas ke pulau kecil di tengah sungai, untuk kemudiannya hanyut lagi di bawa arus.
Kita tidak dapat melepaskan diri dari cengkaman nasib, tetapi tidaklah pula bererti kita harus melarikan diri daripada hidup dengan mengadakan segala macam alasan untuk menyembunyikan ketidakyakinan diri kita sendiri terhadap hidup,nasib dan masa depan.

Sesungguhnya Bumi Kenyalang banyak mengajar dan mendidik saya erti kesyukuran,menyelami penderitaan dan kesusahan serta membangunkan jati diri yang mantap.Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga SMK Lubok antu di atas segala tunjuk ajar,komitmen dan silaturrahim yang terjalin di antara kita selama ini.
Kalau menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalaulah ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.

Hardest Thing To Do is Say........
GOODBYE SARAWAK
I LOVE YOU






3 comments: