Tuesday, October 26, 2010

Mata Saya

Tersangat lama tidak kemaskini blog ini.Kesian dia,sunyi sepi ditinggalkan begitu sahaja.Namun kehidupan tuan punya blog ini tak la sunyi sepi.Cuma malas tahap dewa itulah sebabnya blog ini terabai.Ok,lupakan sekejap hal ini.
Sebenarnya petang semalam sudah rasa senak di bahagian mata.Saya memang ingat perkara biasa sebab kebetulan tertidur dengan lense semalam.Alih-alih bangun pagi ni mata sudah mulai bengkak.Terasa ketulan keras timbul di bahagian kelopak mata.Memang sahlah kene ketumbit ni.Ketumbit,pirah dan kutu babi(eh,asal tak kutu khinzir?lebih sopan.hehe) adalah membawa maksud yang berlainan.Tapi rupa bentuk bengkak dia memang sama.Sementara mencari rawatan secara serius,teringat petua-petua orang lama.Tapi macam tak semangat pula nak mencuba.
  • Gesel 2 batang sudu.Sapukan Bahagian yang digesel di tempat ditumbuhi ketumbit.Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
  • Menjelir lidah kepada pesakit ketumbit.haha (Ramai la yang menjelir-jelir lepas ni.)
  • Ambil seulas bawang putih,guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang berketumbit 3 kali sehari.Ketumbit akan beransur baik dalam masa yang singkat
Kalau anda pernah mencuba petua-petua seperti yang disenaraikan,jangan lupa bagitau saya.Seksa betul apabila terasa ada tekanan kuat dan denyutan dalam mata.Terfikir juga mengintai siapa la agaknya ek?Tak pon,banyak sangat dosa mata akhir-akhir ini.huhu

No comments:

Post a Comment