(SIBU-DARO-MATU),SARAWAK
Seawal 6.15pagi sudah check out dari Sibu.Bot akan bergerak tepat jam 7.30pagi.Serius puntual bot-bot ini.Kata Liza kene tunggu lebih awal supaya tidak ketinggalan bot atau pon bot yang meninggalkan kita.Hah,cepat pilih salah satu:)
Teruja bercampur cuak apabila kali pertama merasai pengalaman menaiki bot ekspres di Sarawak.Transport terpenting menghubungkan daerah yang jauh di pedalaman.
Semua barang-barang penumpang yang banyak akan diletakkan di atas bumbung bot.Setelah barang-barang mengambil tempat,penumpang pula yang duduk di atas bot.Tapi kami agak tidak berani atau bahasa pengecutnya adalah penakut untuk duduk di bumbung bot.hehe
Semasa menunggu bot,kami sempat berkenalan dengan seorang ustaz ini.Berasal dari Kedah dan mengajar di Mukah.
Tengok,saya sangat teruja sampaikan Liza pon ditolak cepat-cepat masuk bot
Setelah semua penumpang memenuhi bot,tiket sebanyak RM17 dikenakan.Agak murah dan berbaloi.
2j 30minit kau tahu.Kematu bontot sebelum sampai ke Matu.haha
Setelah menempuh perjalanan yang cukup panjang,selamat juga sampai ke Matu.Matu is a district and small town in Mukah division,Sarawak.There are more than 20 villagers in the district with Melanau making up the majority of population
Inilah rumah Liza.Yang di tengah-tengah tu.Suasana kampung memang terasa.Best,tenteram dan damai dengan majoriti penduduknya Islam.Sekarang,mari kta tinjau barang-barang antik di rumah Liza.
Wah,ada tempayan lama disimpan di sudut rumah
Bersusah payah saya mencari bangunan berbatu.Memang tiada.Hampir semuanya dibina berasaskan kayu dan bertiang serta selalu dilanda banjir.
Liza cakap kalau cikgu nak masuk kelas,mereka akan menggunakan payung.Payung untuk melindungi kepanasan dan kehujanan.Kalaulah saya salah seorang cikgu di sini harus menangis setahun sebelum emosi tenteram.Bayangkan gajah menyusur tidak berbumbung.Kelas pula jauh di ceruk hujung.huhu
Satu lagi,lupakan hasrat untuk memakai high heels berinci-inci.Laluan yang berlubang-lubang seperti ini akan menyusahkan cikgu-cikgu untuk berjalan.Pilihan terbaik adalah BATA buatan Malaysia.hehe
Selepas berjalan-jalan di SMK Matu,kami menikmati laksa Sarawak.Sarawak laksa is a dish most craved by Sarawakrians who are abroad and those who have had a taste of the uniqueness of sarawak laksa will always be back for more.yummy!!!
(MATU-DARO-SIBU),SARAWAK
Masa pantas berlalu.Sudah tiba masanya untuk saya kembali pulang keesokan harinya.Bot tersedia menunggu untuk ke Sibu.
Pintu bot ni sekali pandang memang macam soyuz.Tapi kalau banyak kali pandang,memang macam pintu bot la.haha
Seat yang cantik,selesa dan bersih.Bot ini boleh memuatkan 88 orang penumpang dalam satu masa
Sedih pula nak tinggalkan Liza.InsyaAllah,ada masa nanti saya datang lagi ek Liza.
Abang bot sudah mula meleraikan talinya.Bermakna,bot akan bergerak memulakan perjalanan.
Letak je kepala,terus boleh tidur.Padahal saya cuak.Air terlalu dalam sehingga mencecah cermin tingkap bot.Jadi,pilihan yang terbaik adalah memaksa diri untuk tidur walaupon tidaklah mengantuk sangat ketika itu.hehe
SPECIAL THANK TO MY BEST FRIEND LIZA...
May Allah bless you
with all his love and care
i want to thank you
for always being there
for all that you have done
thank you so much:)
May Allah bless you
with all his love and care
i want to thank you
for always being there
for all that you have done
thank you so much:)
Liza cakap kalau cikgu nak masuk kelas,mereka akan bawa payung.Payung untuk melindungi kepanasan dan kehujanan.Kalau saya salah seorang cikgu di sini,mau menangis setahun sebelum emosi tenteram.Bayangkan gajah menyusur tidak berbumbung.Kelas pula jauh diceruk hujung.huhu
Jangan cuba-cuba nak pakai high heels 3 inci.Ini baru satu lubang.Malah banyak lagi kerosakkan sepanjang gajah menyusur ini.Memilih untuk berselipar getah adalah paling bijak.Kain baju kurung pon mesti jenis yang kental dan mudah sental.Pakai chiffon sangat tidak sesuai.Nanti tertarik kat papan-papan ini.Habis rosak baju cantik-cantik.Tangan pon mesti dijaga rapi.Jangan sebarangan bertenggek di kayu-kayu itu.Dibimbangi selumbar akan mudah menyelinap masuk.huhu
No comments:
Post a Comment