Hari ini,baru la saya benar-benar perasan dan berperasaan ke sekolah.Malah tertunggu-tunggu untuk ke sekolah.Menyampah dengan sekolah cerita lain.Yang penting,dapat jumpa kawan-kawan,student dan dapat borak.Huh,saya boleh jadi gila kalau dalam dua hari cuti,tapi terpaksa diam.Diam tak diam hampir dua bulan mengharungi wekend secara solo.
Wekend baru ni adalah paling mulia.Dimuliakan kerana 12 Rabiul Awal 1431.Apabila menghayatinya secara berseorang ni,lagi menusuk ke dalam hati.Alhamdulillah Ya Allah.Then,berjaya 'rehat sementara' melayan movie di astro yang dah khatam banyak kali.Sebenarnya tak berfaedah pon untuk dilayan.Moga usaha ini diteruskan lagi.Saya ubah rutin harian di waktu wekend dengan menghabiskan pembacaan.Sekarang masih dalam proses menghabiskannya.Tapi kalau dah cakap 'rehat sementara' tu maksudnya tak kekal lama la.hehe
Hari ni,1 Mac 2010 pon masih tiada perubahan.Tak berubah la sebab ini bukan wekend.Tapi hari Isnin.Mungkin bulan-bulan akan datang pon begitu juga.Begitu pantas masa berlalu.Hari-hari dilalui dengan penuh tak tabah.hehe
Ada apa dengan MAC?
- Pastinya menunggu cuti sekolah tak lama lagi.Menunggu bukan main lama.Tapi,cutinya sangat tak lama.Bukankah itu tidak indah namanya?
- Menjadi "AKU YANG BARU".Tiada yang aneh pon,setiap 1hb untuk apa-apa bulan pon saya suka nak cakap "AKU YANG BARU".Beli syampoo baru sebab dah abis pon saya suka nak cakap"SYAMPOO YANG BARU".Mudah kan?Anda pon boleh jadi seperti saya.Contohnya,apa yang anda beli hari ni?Mungkin beli kasut,baju or anything.So,lets say it together_________YANG BARU"hoho
- Bulan kelahiran.Thanx pada kawan-kawan yang siap sedia wish seawal hari ni lagi.
- Kompang dipalu,pengantin baru..jemput datang kenduri saya ok.(ni semua jemputan kahwin my frenz.Dari last year jemput untuk pastikan saya datang juga.InsyaAllah,attend kenduri again.Ada juga yang tak berjemput, tapi saya nak datang.Dibenarkan atau tidak ek?huhu)
- Umrah.bestnya kalau dapat pegi.InsyaAllah ama,abah,dini dan abang long akan berangkat ke Tanah Suci 13 Mac ini
- Yeah!kahwin.Bukan MAC saja saya nak kene jawab soalan ni.Dah banyak bulan dan tahun dah,tapi jawapannya tetap sama.Bagi yang sangat cekal tanya tu,tukar-tukar la soalan lain ye.Lotih den ni.Kalau nak rasa nasi minyak aku,datang je rumah.Aku sediakan nasi minyak terbaik nanti.Kalau tunggu aku kahwin,mana la tau tak da nasi minyak?Camne?sebab ada nasi putih je.Langsung tak dapat makan nanti.Tul kan?Soal jodoh ni analoginya sama je dengan MATI serta LAHIR.Bukankah LAHIR dan MATI itu yang menentukannya adalah Allah?Jadi,JODOH pon begitu juga.Cuma doakan yang terbaik untuk saya dan anda.Saya tahu,saya punya ramai kawan yang memahami.Kebanyakkannya memahami yang saya bukannya muda lagi untuk ke arah ini.Ok ok,dan saya pun bukannya muda lagi untuk memahaminya.Buat masa ini biarkan aku cuba tempuh hidup sendiri,kerana kita akhirnya akan sendiri.(Cepat korang,aku paksa untuk setuju dengan pendapat aku.hehee)
- Ejie lembab.Buat kali petama dalam hidup,saya dikatakan lembab dengan suara yang sangat kuat.Sedihkan?lembab sangat ke aku ni?huhu Ok,kalau disebut seperti ini ada beza tak?Ejie,lembab VS Ejie lembab..Apa la ko nak cakap ni ejie?Lembab pula orang yang membacanya nak fikir.hehe..Isu kecik je ni.Petang tadi my housemate,Aby tengah online pakai broaband.Line nya yang lembab.So,dijeritkanlah nama aku ni.EJIE LEMBAB.(merujuk kepada line internetnya yang macam apa ntah)Sudahnya,kitaorang gelak secara berjemaah.Harmoni hidup dapat gelak.KAH KAH KAH
Orait,ini setakat 1Mac 2010 yang terlintas di fikiran.Mungkin hari-hari yang lain bakal menyaksikan sesuatu yang istimewa dalam hidup saya.Siapa tahu.Semuanya dalam khazanah Allah.InsyaAllah
Ayoo..Aby dah jerit-jerit lagi nama saya.EJIE _______.haha EJIE,NAOMEI.BETUL TAK NAK TENGOK?Dari tadi dia dok pasang tv kuat-kuat.Saya dalam bilik skang dengan harapan akan menonton bersama-sama.Alahai aby..hehe
No comments:
Post a Comment