Kalau dikira bilangan buku yang pernah dibaca secara konsisten setakat ni,ia bukan satu pencapaian yang membanggakan.Mungkin tak sampai 100 buah.(statistik kajian sendiri tak termasuk buku-buku pelajaran.huhu) Buku je yang saya kurang baca.Tapi magazines and newspapers more than 100 until now.Malah,lebih puas sekiranya memiliki koleksi peribadi berbanding membacanya melalui internet.Bukannya malas.Tapi saya rasa kurang kesedaran membaca sangat mentebal dalam diri. Ada beza tu malas vs kesedaran:)
Menyedari hakikat itu,terus membeli dua buah buku.Tapi,bukan di kedai buku pon.Jauh sekali pesta buku.I beli di HUSM Kubang Kerian.Melawat uncle yang sakit lalu terbeli la buku tersebut.Begitu banyak jualan buku seolah-olah bukan hospital dah HUSM tu.Tak rasa langsung berada di hospital sebenarnya.Di tambah lagi dengan tabiat saya ni yang mudah terpengaruh.Asal jualan je,kecenderungan untuk membeli memang very high.
Hasilnya:
Total:RM35
Saya berjaya menghabiskan Cinta Adam dan Hawa dalam masa yang sangat singkat.Sebelum baca,dah niat awal-awal.Kali ni memang nak abiskan from page to page.When my mind is trained and channeled,it begins to pay attention thoroughly.Macam peminat novel la.Tak bleh lekang walaupun sesaat.Nasib la saya bukan hantu novel.Penulis buku ini berjaya menggarap cerita dengan baik walaupun Cinta Adam dan Hawa ini mengisahkan kisah cinta yang diadaptasi dari Al-Quran.Memang selalu sangat kita dengar tentang kisah Ashabul Kahfi,Nabi Musa dan Qarun,Yusuf dan Zulaikha ,Adam dan Hawa serta Thalut dan Jalut.Tapi saya tidak pernah puas mendengar mahupun membaca kisah-kisah sebegini.
Antara yang menarik perhatian dan tak pernah saya tahu sebelum ini:
Kisah Yusuf dan Zulaikha
• Perkahwinan Nabi Yusuf dan Zulaikha telah mencetuskan kebahagiaan di jiwa Nabi Yusuf .Apatah lagi,semasa berkahwin dengan Nabi Yusuf,Zulaikha masih seorang gadis
• Zulaikha banyak menghabiskan masanya dengan bermunajat kepada Allah sehingga terlupa melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya
• Nabi Yusuf terpaksa menunggu Zulaikha menghabiskan solatnya hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu
Buku yang bertajuk Malam Pertama di Syurga ini juga very interesting.Tajuknya pon membuatkan mata saya terbeliak dan terus pick up this book.Selalunya ramai yang nak tau tentang Tips Malam Pertama_________ kan?(i dah agak dah.Buku semacam itu belum sampai seru lagi untuk membelinya.haha) Tapi pernahkah kita terfikir selama ini bagaimanakah yang digambarkan sebagai Malam Pertama di Syurga?(saya pun tak pernah terfikir sebelum ni sebenarnya) Isinya agak padat sebanyak 230ms.Saya mengambil masa yang agak lama untuk tujuan pembacaan until now still read and read. Antara yang masih fresh in my mind now adalah:
• 'Wanita yang belum pernah memiliki suami atau punya suami di dunia namun tidak ikut masuk jannah bersamanya,maka jika ia inginkan pasangan ia akan memperolehi apa yang ia inginkan '
• 'Tiada si bujang di dalam syurga"(HR Muslim)
Finally,saya dah dapat jawapan yang diredhai serta baek punya sekiranya orang bertanya 'Ejie,bila nak kahwin?Ejie,tak de calon lagi ke?Ejie,tak elok kawin lambat-lambat ni...huhu...$$@#$!@(soalan yang memang sangat menstresskan under control bila semua membe dah kawin.huhu)
InsyaAllah,dalam masa terdekat mampu dihabiskan kesemua topik yang terkandung di dalamnya. Pada saya,genre agama sebegini penuh dengan pengajaran,tauladan dan pedoman yang boleh diambil dan dihayati untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.Sekali-sekala apa salahnya mendekati genre ini yang sememangnya banyak memberi iktibar.
Ok..dengar sini orang kampung."Secara automatiknya beta mengistiharkan bahawa budaya membaca secara konsisten akan menjadi azam beta sempena tahun baru 1431H ini".InsyaAllah...(potong riben skang.tak pun pencak silat or palu gong.haha)
• Selain mendapat ilmu dan maklumat,one of the other main benefits of reading is that it exercise my mind.Kalau banyak membaca,minda ni mesti terbuka dan selalu akan berfikir.So,saya tak la asik berfikir tentang kesedihan yang pernah dialami dan perkara remeh mentemeh.haha
• Build my vocabulary.Too many people today don't read then they also suffer from vocabularies that are very limited.Betul kan?Contohnya,blessful or blissful?.(kalau saya yang salah,buah cempedak di luar pagar_____________________) :)
• Rilex and de-stress.Sometimes,saya akan menjadi stress tak menentu apabila yang di plan semua nampak tak organized.So,start from now kene banyakkan membaca terutama genre motivasi sebab this is a great time when i can allow myself to be transported into the another world that is exciting and different
Setakat ni,saya dapat listkan 3 sebab je untuk memberikan semangat kepada diri sendiri supaya membanyakkan pembacaan coming soon.Eh,boleh tiru apa reason ni kalau nak buat karangan PMR yang bertajuk Let's further examine some of the benefits of reading.haha
Tambah 2 lagi isi penting,huraikan sket2..confirm dapat full mark your essay nanti tau. Hopefully,usaha murni saya ni dapat dikekalkan dan sentiasa ada pembaharuan pada masa akan datang.So boleh la saya grow up knowing how fun,exciting and important it is to read(even dah nak masuk 26tahun next year.hehe)
"MEMBACA JAMBATAN ILMU"
No comments:
Post a Comment